Sir Malcolm Campbell

Cosmograph Daytona

Dilahirkan untuk perlumbaan

Sejak pelancaran awal, Cosmograph Daytona telah menjadi lambang prestasi unggul dan kemenangan. Jam tangan yang direka khusus untuk perlumbaan motor ini telah menjadi saksi kemenangan para pelumba. Jam ini bukan sekadar simbol sukan permotoran, malah menjadi pilihan individu berani yang menyahut cabaran baharu. Paul Newman, pemakai ikonik Daytona merupakan contoh terbaik.

2025
Sir Malcolm Campbell

Rekod kelajuan pertama

Di sebalik stereng Bluebird yang terkenal, pelumba British Sir Malcolm Campbell menjadi individu pertama yang melepasi kelajuan 300 mph (483 km/j). Rolex Oyster menghiasi pergelangan tangannya. Detik ini membuka lembaran baharu dalam kerjasama berterusan antara Rolex dengan dunia perlumbaan motor.

1935

Permulaan kerjasama

Rolex telah menjadi rakan kongsi Daytona International Speedway sejak litar itu dibuka pada 1959. Pada masa itu, litar tersebut merupakan yang terpantas di Amerika Syarikat dan satu daripada “Super Speedways” pertama di dunia. Lama-kelamaan, litar ini menjadi simbol antarabangsa bagi perlumbaan kelajuan dan ketahanan.

1959

Cosmograph Daytona 1963

Pelancaran Cosmograph

Jam tangan yang direka untuk jaguh perlumbaan motor ini menggabungkan reka bentuk ranggi dengan prestasi kronometri yang tinggi. Menerusi model ini, Rolex mencipta kronograf yang dikhaskan untuk beraksi di litar lumba dan menjadi satu ikon. Pada tahun-tahun awal kemunculan, nama “Daytona” diukir pada permukaan beberapa jam tangan yang disasarkan untuk pasaran Amerika. Lama-kelamaan, ukiran ini menjadi satu kebiasaan.

1963

Cosmograph Daytona 1965

Penekan diskrukan

Cosmograph telah berkembang, kini dengan versi yang menampilkan penekan yang diskrukan. Ciri ini mencegah penekan daripada terhantuk, lantas memberikan perlindungan terhadap risiko air memasuki bahagian dalam jam tangan. Sebagai tanda kekalisan air yang diperkuat, nama “Oyster” diukir pada permukaan, di samping “Cosmograph”. Satu lagi inovasi ialah bezel yang kini menampilkan Plexiglas bersalut hitam, dengan skala takimetri berwarna putih untuk meningkatkan keterbacaan.

1965

Dari trek perlumbaan ke layar perak

Cosmograph Daytona membuat kemunculan sulung dalam dunia pawagam. Paul Newman dan isterinya, pelakon Joanne Woodward, membintangi filem Winning arahan James Goldstone, yang sebahagian penggambaran dilakukan di Pantai Daytona. Newman melakonkan watak sebagai pemandu lumba kereta. Sejurus sebelum penggambaran dimulakan, isterinya memberikan Cosmograph Daytona yang diukir dengan perkataan “DRIVE CAREFULLY, ME”.

1968

Jackie Stewart,
“Lelaki Scotland yang Terbang”

Jackie Stewart memenangi Kejohanan Dunia Formula 1 untuk kali pertama. Selaku Testimoni Rolex sejak 1968, pemandu kereta lumba Scotland ini akan terus menjadi juara dunia tiga kali dengan jumlah 27 kemenangan grand prix dan 99 penamat podium.

Sir Jackie Stewart

Ŕolex Daytona yang saya pakai diberikan kepada saya lewat tahun 60an di Monaco setelah memenangi salah satu perlumbaan legenda. Saya menyimpannya sejak itu dan masih selalu memakainya.

Sir Jackie Stewart
Temui lebih lanjut
Jackie Stewart

1969

Kaliber 4030

Automatik

Cosmograph Daytona dilengkapi gerakan kronograf automatik: kaliber 4030. Untuk mencapai matlamat ini, jurutera Rolex mengoptimumkan satu daripada mekanisme terbaik yang wujud dan membuat pengubahsuaian menyeluruh demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan.

1988

Tom Kristensen, “Jaguh Le Mans”

Tom Kristensen meraih kemenangan pertamanya dalam perlumbaan 24 Jam di Le Mans Pemandu dari Denmark itu kemudiannya mencatat sembilan kemenangan dalam perlumbaan legenda ini, sekali gus mendapat julukan “Jaguh Le Mans”.

Temui lebih lanjut

1997

Kaliber 4130

Gerakan berprestasi tinggi

Rolex memperkenalkan kaliber 4130, hasil reka bentuk dan pembangunan sepenuhnya oleh pengeluar ini. Sebagai satu pencapaian kejuruteraan sejati, gerakan kronograf ini menjadi titik perubahan dalam sejarah jenama. Pegas rambut Parachrom menjadi yang pertama dihasilkan sendiri oleh Rolex dan turut diperkenalkan untuk kali pertama pada model ini. Fungsi kronograf menggunakan bilangan komponen yang dikurangkan, justeru meningkatkan lagi kebolehpercayaan gerakan.

2000

Le Mans

Jam tangan ikonik, cabaran legenda

Cosmograph Daytona diangkat sebagai Jam Tangan Rasmi bagi 24 Jam di Le Mans, perlumbaan ketahanan tertua dan paling berprestij sejak ditubuhkan pada 1923.

2001

Bezel Cerachrom

Seramik berteknologi tinggi

Bezel Cerachrom monoblok yang merupakan satu pencapaian teknikal sejati diperkenalkan pada model Cosmograph Daytona. Bezel seramik berteknologi tinggi ini amat kukuh, kuat dan amat kalis calar serta menampilkan estetik yang tiada tandingan.

2011

Scott Pruett

Scott Pruett,
“Jaguh Daytona”

Scott Pruett meraih kemenangan kelima dalam perlumbaan Rolex 24 di DAYTONA. Setiap kali menang, beliau menerima sebuah Cosmograph Daytona yang diukir dengan logo perlumbaan, tarikh dan kata keramat: “Juara”. “Jam ini adalah segala-galanya,” ujar juara dari Amerika Syarikat tentang trofi yang menjadi rebutan pelumba seluruh dunia.

2013

Cosmograph Daytona 2017

Rantai tersendiri

Cosmograph Daytona kini boleh didapati dengan rantai Oysterflex pada versi emas 18 karat kuning, putih atau Everose. Rantai inovatif yang dipatenkan ini menggabungkan keteguhan dan kebolehpercayaan rantai logam dengan fleksibiliti dan keselesaan tali elastomer.

2017

Penutup belakang jernih

Era baharu

Permukaan dan penutup Cosmograph Daytona telah direka bentuk semula, manakala bahagian tepi bezel Cerachrom diperbuat daripada logam yang sama dengan penutup tengah. Gerakan baharu, kaliber 4131, menggabungkan bolosan Chronergy, penyerap kejutan Paraflex dan pemberat berayun kerawang. Kaliber ini turut diserlahkan dengan hiasan Rolex Côtes de Genève. Versi platinum 950 mempunyai pemberat berayun yang diperbuat daripada emas kuning 18 karat, yang dapat dilihat menerusi penutup belakang jernih.

Cosmograph Daytona

Edisi yang amat istimewa

Kemudian, sempena ulang tahun ke-100 perlumbaan ketahanan 24 Jam di Le Mans, Rolex memperkenalkan versi kaliber 4132, iaitu gerakan yang membolehkan fungsi jam kronograf dikira selama 24 jam dan bukan 12 jam seperti model biasa.

2023

Jamie Chadwick

Jamie Chadwick,
wajah baharu dunia sukan permotoran

Jamie Chadwick, Testimoni Rolex sejak 2022 telah dinobatkan sebagai Marsyal Ulung pada Rolex 24 Di DAYTONA. Untuk kali pertama dalam sejarah sukan permotoran, seorang wanita melaungkan kata keramat, “Pemandu sekalian, hidupkan enjin anda.”

Temui lebih lanjut

2025