Menguasai kuasa mekanik untuk menongkah aliran masa. Mengawal risiko untuk menentukan trajektori yang ideal. Dan menggapai kejayaan.
Usaha memburu kemajuan teknikal yang menjadi teras Rolex selari dengan sukan permotoran. Hubungan ini bermula pada tahun 1930-an, apabila Rekod Kelajuan Darat Dunia dipecahkan berulang kali. Hari ini, Rolex merupakan rakan kongsi utama kejohanan ketahanan terunggul, acara paling simbolik dan nama terkemuka dalam sukan permotoran.
Jentera menjadi penentu segala-galanya - kuasa, kestabilan dan keseimbangan. Pengalaman dan keberanian pemandu turut menyumbang kepada kejayaan.
Sir Malcolm Campbell
Sejak rekod terawal
Sejarah yang dikongsi antara Rolex dengan sukan permotoran bermula pada awal 1930-an, apabila pemandu lumba kereta Sir Malcolm Campbell mencatatkan Rekod Kelajuan Darat Dunia beberapa kali. Beliau memakai Oyster yang terdedah kepada gegaran, pecutan dan nyahpecutan yang ekstrem semasa perlumbaan kereta.
Mekanik kemajuan
Peningkatan yang cekap. Mencapai kecekapan tenaga yang menembusi batasan prestasi. Inilah cabaran yang perlu diatasi oleh pasukan perlumbaan dan pengeluar kereta hari ini. Rolex sentiasa komited terhadap dinamik kemajuan dan menyokong sukan permotoran dalam transformasi yang mendalam ini.
Anda membawa kemenangan di Le Mans bersama anda selama-lamanya. Apabila saya memikirkan sejarah perlumbaan dan komitmen Rolex terhadap sukan permotoran, saya berasa amat bangga dan kerdil.
Tom Kristensen
Tiga mahkota perlumbaan ketahanan
Perlumbaan yang telah membentuk sejarah sukan permotoran. Litar yang terus melakar masa depan disiplin ini. Dalam perlumbaan ketahanan, “tiga mahkota” merujuk kepada tiga acara terpenting dalam kalendar sukan ini, yang kesemuanya disokong oleh Rolex sebagai rakan kongsi utama dan Jam Tangan Rasmi: Rolex 24 Di DAYTONA, 24 Jam di Le Mans dan 12 Jam di Sebring.
Kemenangan dalam ketiga-tiga acara ini merupakan satu kejayaan besar. Rolex 24 Di DAYTONA berlangsung di Daytona International Speedway, yang terdiri daripada litar lumba (lebih daripada 2.5 batu atau 4 kilometer) dengan selekoh yang menuntut ketepatan dan tumpuan tertinggi. 24 Jam di Le Mans menguji stamina fizikal dan juga mental pemandu, dengan laluan yang terkenal dengan kesukaran pemanduan pada waktu malam. 12 Jam di Sebring, dengan permukaan jalan yang tidak teratur, merupakan ujian sebenar terhadap kebolehpercayaan mekanikal.
Melalui perkongsian dengan perlumbaan ketahanan ini yang dianggap paling mencabar, Rolex mengesahkan komitmen yang sudah lama wujud terhadap sukan permotoran.
Daytona International Speedway
Bekerjasama dengan organisasi terkemuka
Rolex menjalinkan perkongsian dengan perlumbaan ketahanan terulung. Sejak 2001, Rolex telah menyokong 24 Jam di Le Mans, yang dianjurkan oleh Automobile Club de l'Ouest (ACO), yang juga menyelia Kejohanan Ketahanan Dunia (WEC) FIA – siri perlumbaan kereta lumba antarabangsa yang terulung. Rolex telah menjadi rakan kongsi Kejohanan itu sejak 2016.
Pada 2025, Rolex menjadi Jam Tangan Rasmi Persatuan Sukan Permotoran Antarabangsa (IMSA) dan siri perlumbaan Kejohanan Kereta Lumba WeatherTech, yang diadakan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Perkongsian ini melengkapi usaha sama yang telah dikekalkan oleh jenama ini sejak 1959 dengan Daytona International Speedway, litar legenda yang menjadi tuan rumah Rolex 24 Di DAYTONA.