Kereta lumba era lama bersaing dari segi prestasi dan keanggunan. Peminat perlumbaan dari seluruh dunia hadir untuk mengambil bahagian dalam temasya hebat ini. Melalui acara ini, Rolex membantu usaha memartabatkan legasi sukan permotoran.
Rolex ialah rakan kongsi acara kereta klasik yang paling berprestij seperti Goodwood Revival, Pebble Beach Concours d’Elegance® dan Pebble Beach Tour d’Elegance® yang dibawakan oleh Rolex, serta Rolex Monterey Motorsports Reunion dan The Quail, Perhimpunan Sukan Permotoran.
Goodwood Revival Tanggungjawab kita kepada generasi akan datang
Pada setiap tahun sejak 1997 di daerah West Sussex di selatan London, Goodwood Revival menghidupkan semula tradisi automotif. Acara ini terdiri daripada 16 perlumbaan yang diadakan selama tiga hari. Setiap perlumbaan menampilkan kereta sukan yang dibina antara tahun 1930 hingga 1966. Kira-kira 300 kereta dan motosikal yang mewakili era masing-masing, bersaing dalam kategori umur dan reka bentuk. Testimoni Rolex Sir Jackie Stewart, Tom Kristensen dan Jenson Button kerap mengambil bahagian, semata-mata kerana keghairahan perlumbaan kereta dan minat mereka terhadap kereta klasik.
Rolex menjadi Penjaga Masa Rasmi acara itu sejak 2004 dan turut menyokong Kelab Pemandu teragung yang menjadi nadi perayaan tiga hari tersebut.
Goodwood Revival memberi kita peluang untuk mengimbau masa lalu dan meraikan warisan sukan permotoran serta pengaruhnya yang berterusan terhadap masyarakat.
Pebble Beach Concours d'Elegance® dan dunia sukan permotoran amat berkait rapat selama lebih daripada 70 tahun. Pertandingan ini diadakan kali pertama pada tahun 1950 bersempena dengan Perlumbaan Jalan Raya Pebble Beach, yang berlangsung hingga 1956. Pada 1998, Pebble Beach Tour d'Elegance® yang dibawakan oleh Rolex telah diasaskan sebagai perayaan Perlumbaan Jalan Raya yang bersejarah dan pelengkap kepada Concours d'Elegance®.
Concours menghimpunkan aneka kereta tercantik ke Pebble Beach Golf Links® yang terkenal, di antara The Lodge di Pebble Beach dengan Lautan Pasifik, menghadap ke Teluk Carmel California.
Satu lagi kemuncak pertemuan berprestij ini ialah Jelajah, yang meraikan keanggunan automotif dengan perarakan kereta klasik di sepanjang laluan yang indah di Highway 1.
Rolex menjadi Penjaga Masa Rasmi Pebble Beach Concours d’Elegance® sejak tahun 1997. Jenama ini juga merupakan Penjaga Masa Rasmi Pebble Beach Tour d’Elegance® serta Rakan Kongsi Pembawa sejak tahun 2007.