Nama legenda. Perlumbaan epik. “Litar lumba terulung” yang menakjubkan.
Setiap tahun, lembaran baharu dalam sejarah sukan permotoran tertulis di Daytona, Florida. Di sinilah Rolex 24 Di DAYTONA, antara perlumbaan ketahanan yang paling terkenal di dunia diadakan.
Perlumbaan legenda
Hanya jiwa yang kental serta prestasi mekanikal dan teknikal yang paling utuh akan berjaya. Di Litar Lumba Antarabangsa Daytona sejauh 5.73 kilometer (3.56 batu), pemandu dan pasukan ketahanan handalan bersaing selama 24 jam. Kedudukan diperoleh berdasarkan jarak yang ditempuhi pada akhir masa yang diperuntukkan.
Aksi perlumbaan waktu malam di garisan permulaan pada Rolex 24 Di Daytona, 2025.
Rolex telah menyokong satu acara yang kemudiannya dinamakan Daytona 3 Jam Benua sejak diasaskan pada tahun 1962. Jenama ini yang telah menjadi Penaja Perdana pertandingan sejak 1992, menghadiahkan Rolex Cosmograph Daytona kepada setiap pemenang.
Sejak 2025, Rolex menjadi Penjaga Masa Rasmi Persatuan Sukan Permotoran Antarabangsa (IMSA) dan siri perlumbaan Kejohanan Kereta Lumba WeatherTech, yang merangkumi Rolex 24 Di DAYTONA.
Di Daytona, semuanya berkisar tentang jam tangan. Jika anda menang trofi, akan dipamerkan di atas rak. Wang pula dimasukkan ke bank. Tetapi jika anda memenangi Rolex dengan perkataan ‘winner’ terukir di belakang, anda akan pakai setiap hari.
Scott Pruett. Testimoni Rolex
Raja Daytona
Scott Pruett
Dengan kemenangan kelima pada Rolex 24 Di DAYTONA pada 2013, pemandu California itu menyamai rekod yang dipegang selama lebih 20 tahun oleh Hurley Haywood. Selama beberapa dekad, Scott Pruett melakar satu daripada rekod paling mengagumkan dalam sejarah perlumbaan ketahanan dan sukan permotoran secara amnya. Selain lima kejayaan pada Rolex 24 di DAYTONA (1994, 2007, 2008, 2011 dan 2013), beliau memenangi 12 Jam di Sebring pada 2014 dan kelas GTS pada 24 Jam di Le Mans pada 2001. Pruett telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Amerika pada tahun 2017.
Hurley Haywood
Dengan lima kemenangan pada Rolex 24 Di DAYTONA, tiga pada 24 Jam di Le Mans dan dua pada 12 Jam di Sebring, Hurley Haywood diiktiraf sebagai antara pemandu ketahanan yang paling berjaya sepanjang zaman. Di Daytona pada 1977, beliau memandu selama lapan jam berturut-turut, apabila kedua-dua rakan sepasukannya enggan memandu pada waktu malam, dan memenangi perlumbaan itu. Beberapa bulan kemudian, beliau memenangi 24 Jam di Le Mans, lantas menjadi pemandu pertama yang mencapai kejuaraan berganda penuh legenda ini. Haywood telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Amerika pada tahun 2005. Tujuh tahun kemudian, pada usia 64 tahun, beliau bersara daripada dunia perlumbaan selepas ulang tahun ke-50 Rolex 24 Di DAYTONA, iaitu penyertaannya yang ke-40 dalam acara ikonik itu.