Misi mereka: menemukan dan mendedahkan rahsia di bawah ais laut. Selama 45 hari, pasukan itu telah melakukan perjalanan ski di bahagian atas glob bumi di Utara Kanada Raya dan melakukan selaman demi selaman, menyaksikan ekosistem yang pelbagai yang menjadi mangsa pemanasan global. Di dalam bagasi mereka terdapat kamera pegun dan video serta… lima jam tangan Rolex.
“Satu-satunya alat menyelam yang berfungsi sepanjang masa ialah jam tangan Rolex kami – model Oyster Perpetual Rolex Deepsea,” kata Emmanuelle Périé-Bardout, satu-satunya ahli wanita pasukan itu, selepas ekspedisi tamat.