




















Day-Date
Detik keabadianOyster Perpetual Day-Date bukan sekadar jam tangan, bahkan melambangkan perjalanan demi mencapai cita-cita dan meraikan pencapaian. Sejak dicipta pada 1956, Day-Date telah menjadi penanda aras bagi jam tangan berprestij. Ikon abadi ini telah mengukir sejarah di pergelangan tangan tokoh terkemuka seperti pemimpin, insan unggul dan maestro, sekali gus mewariskan legasi yang mempesona.









Detik bersejarah dalam seni pembuatan jam.
The Day-Date ialah jam tangan kalendar yang memaparkan tarikh dan hari dalam seminggu dieja penuh. Sejak diperkenalkan, Day-Date dikaitkan dengan tokoh yang berkuasa dan berpengaruh, seperti yang diungkapkan dalam slogan: “Rolex menghiasi pergelangan tangan mereka yang mengubah dunia”. Day-Date kini terpahat sebagai simbol prestij dan kepimpinan sejagat.
1956
1960
Pilihan presiden
Day-Date tercatat secara rasmi dalam sejarah apabila menghiasi pergelangan tangan Presiden Lyndon B. Johnson ketika beliau memasuki Rumah Putih pada 1963. Sejak saat itu, Day-Date mula diangkat sebagai “jam tangan presiden”, menjadi aksesori pilihan para pemimpin dan tokoh berpengaruh yang lain.
1963

Pilihan tiga legenda dunia
The Big Three: Jack Nicklaus, Arnold Palmer dan Gary Player. Para legenda ini meninggalkan jejak yang abadi dalam dunia golf, suatu arena yang sebahagian besarnya dikuasi oleh mereka selama dua dekad. Ketiga-tiganya memakai jam tangan yang melambangkan status mereka sebagai legenda sukan itu: Day-Date.

1967
Bahasa ke-26 dalam rangkaian Day-Date
Bahasa baharu tersedia untuk paparan hari: Cina. Jumlah bahasa yang tersedia pada permukaan Day-Date mencecah 26 bahasa, termasuk Latin, Rusia, Arab, Inggeris, Perancis, Itali dan Jerman serta pelbagai lagi. Dalam dunia yang semakin terhubung, Day-Date melangkah ke horizon baharu.

Permukaan eksklusif
Pada era 1970-an, Rolex mula memperkenalkan rangkaian permata asli yang dipilih dengan teliti, termasuk lapis lazuli, malakit, mata harimau, oniks, karang dan firus. Setiap permukaan menampilkan corak halus yang terukir pada batu, menjadikan setiap rekaan benar-benar unik dan mustahil untuk ditiru.
1973

Kaliber baharu untuk presiden
Kaliber 3155 menggantikan kaliber 3055. Pergerakan automatik ini merangkumi fungsi pelarasan pantas bagi tarikh dan hari dalam seminggu.
1988
Ikon perfileman
Pelakon British Michael Caine telah mengenakan Day-Date dalam beberapa filem pada era 1970-an. Namun begitu, era 1980-an menyaksikan kemunculan Day-Date dalam dunia filem secara meluas apabila dipakai oleh Tom Cruise dalam filem Rain Man pada 1988. Model ini kemudiannya dipakai oleh Dennis Quaid, Alec Baldwin, Brad Pitt dan juga Denzel Washington dalam He Got Game arahan Spike Lee pada 1998. Day-Date yang telah mengukir sejarah dalam Hollywood mengukuhkan kedudukan sebagai simbol keabadian.
1998

Penutup lebih besar, pergerakan lebih tepat
Dengan pelancaran Day-Date II, Rolex memperkenalkan penutup berukuran 41 mm. Evolusi ini diiringi oleh pergerakan baharu, iaitu kaliber 3156. Kaliber ini menampilkan kemajuan teknikal terkini buatan Rolex, termasuk pegas rambut Parachrom dan penyerap kejutan Paraflex.

2008
Lindsey Vonn, Testimoni Rolex
Seorang pelumba ski gunung terhebat, Lindsey Vonn mengalami kecelakaan yang teruk pada Piala Dunia 2013. Semasa pemulihan, beliau diberikan seutas Day‑Date emas kuning 18 karat dengan bezel bertatah permata, yang menjadi lambang ketabahan baginya. Pada musim berikutnya, beliau kembali dengan gemilang.

Saya memakainya sebagai peringatan agar tidak pernah berputus asa. Ia menunjukkan kepada saya bahawa saya boleh melakukan apa sahaja dengan azam yang tekad. Walaupun saya meraih banyak kejayaan pada masa lalu, saya tahu banyak lagi yang boleh saya kecapi pada masa akan datang.

2013

Kronometer Superlatif yang diperbaharu
Diperkenalkan pada 2015, Day-Date 40 ialah satu daripada model pertama yang menerima pensijilan Kronometer Superlatif mengikut kriteria yang diperkukuh. Dengan kaliber 3255 yang baharu, ketepatan jam tangan ini melebihi piawaian COSC dan rizab kuasanya ditingkatkan kepada kira-kira 70 jam. Kecekapan tenaga jam tangan ini dipertingkatkan lagi melalui penyepaduan bolosan Chronergy.
2015

Martin Scorsese, Testimoni Rolex
Martin Scorsese adalah antara pengarah terhebat pawagam moden dan tokoh terkemuka New Hollywood yang memakai Day‑Date. Pada 2017, beliau menjadi seorang Testimoni secara rasmi apabila Rolex bekerjasama dengan institusi paling berprestij dalam industri filem: Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak.
Temui lebih lanjut
2017

Bezel berjejalur bertatah platinum
Sebuah versi eksklusif baharu Day-Date 40 dalam platinum 950 telah dilancarkan. Untuk kali pertama, bezel berjejalur unik yang menjadi kebanggaan Rolex ini diperbuat daripada aloi dengan kilauan lembut.