Lindsey Vonn
Ratu cerun
Lindsey Vonn disanjung sebagai salah seorang pelumba ski pergunungan alp terhebat dalam sejarah kerana kepantasan, etika kerja yang telus, ketabahan pencetus inspirasi dan pencapaiannya yang cemerlang.
Walaupun saya telah meraih banyak kejayaan pada masa lalu, saya tahu banyak lagi yang boleh saya kecapi pada masa akan datang.
Lindsey Vonn
Juara ski pergunungan alp
Lindsey Vonn, seorang pelumba ski pergunungan alp Amerika, telah meninggalkan tanda yang tidak dapat dilupakan dalam sukan ini menerusi bakat dan keazamannya yang luar biasa.
Beliau meraih banyak kejayaan merentas pelbagai disiplin di litar Piala Dunia, serta pada kejohanan dunia dan Sukan Olimpik.
Perjalanan Lindsey Vonn dalam sukan ski bermula di Minnesota, tempat beliau mengasah kemahirannya dari usia muda.
Dengan lebih daripada 80 kemenangan Piala Dunia, beliau memegang rekod bertahun-tahun untuk kemenangan terbanyak oleh pemain ski wanita. Kehebatannya merentas semua disiplin alp, menjadikannya seorang daripada enam wanita yang memenangi perlumbaan Piala Dunia dalam semua lima acara – menuruni bukit, super-G, slalom gergasi, slalom dan gabungan super. Pencapaian Olimpik Vonn termasuk pingat emas acara menuruni bukit pada Sukan Vancouver 2010 – yang pertama untuk wanita Amerika – dan pingat gangsa pada 2010 dan 2018. Penguasaannya dalam acara kelajuan amat menarik perhatian, dengan rekod lapan gelaran musim Piala Dunia dalam acara menuruni bukit dan lima dalam super-G. Empat Crystal Globes Piala Dunia FIS keseluruhan Vonn (2008, 2009, 2010 dan 2012) meletakkannya antara pemain ski paling berjaya dalam sejarah.
Ketabahan Vonn menghadapi rentetan kecederaan sepanjang kerjayanya amat memberikan inspirasi. Setelah bersara daripada bertanding pada 2019, beliau muncul semula hampir enam tahun kemudian, kembali ke tempat yang bagaikan rumah bagi dirinya, iaitu puncak gunung. Dalam lembaran baharu ini, Vonn menunjukkan bahawa minatnya terhadap sukan ini dan pertandingan menjadi pendorong untuk terus mengejar kecemerlangan yang telah mewarnai kerjayanya. Pengaruh Vonn melampaui pencapaian pertandingan kerana beliau terus memberikan inspirasi kepada generasi atlet musim sejuk yang akan datang.
Lindsey Vonn menjadi Testimoni Rolex pada tahun 2009.
Teruskan meneroka