
Barel
Simpan dan lepas
Ini ialah barel berprestasi tinggi. Komponen ini menyimpan dan kemudian mengagihkan tenaga yang diperlukan kepada kaliber dengan cara yang optimum.
Sepenuhnya direka, dihasilkan dan dipasang di dalam syarikat, ia sentiasa diperbaiki, termasuk pada kehalusan dinding dan permukaannya. Apabila berfungsi, pegas utama melilit arbor dan menukar putaran rotor Perpetual kepada simpanan kuasa yang tahan sehingga 72 jam. Tenaga ini kemudiannya disalurkan dengan tetap dan stabil, tidak kira tahap aktif atau tidak aktif pemakainya. Menyalurkan ketegangan memang cara terbaik untuk menguasai seni pelepasan.
