Prosedur Penyenggaraan

Setiap Peruncit Rasmi Rolex dan sekutu Rolex diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk penyenggaraan.

Proses penyenggaraan

Proses Penyenggaraan

Setelah menerima jam tangan anda, seorang kakitangan mencatat apa-apa permintaan yang mungkin anda inginkan. Jam tangan kemudiannya dihantar kepada tukang jam.

Penilaian jam tangan

Jam tangan anda diperiksa dengan teliti oleh tukang jam yang akan memberikan anggaran kerja yang perlu dilakukan. Setelah anggaran diluluskan, penyenggaraan bermula.

Penilaian jam tangan
Proses penyenggaraan

Persediaan penyenggaraan

Gerakan jam yang masih dilengkapi dengan permukaan dan jarum ditanggalkan daripada penutup – selepas rantai dipisahkan. Gerakan, penutup dan rantai akan menjalani penyenggaraan yang berasingan sebelum dipasangkan semula pada akhir proses.

Penceraian gerakan

Penceraian gerakan

Gerakan diceraikan sepenuhnya dan semua bahagian diperiksa dengan teliti. Bahagian yang tidak lagi memenuhi syarat Rolex akan digantikan secara sistematik.

Pembersihan komponen

Setiap komponen dibersihkan secara mandian ultrasonik untuk menanggalkan semua kesan kotoran.

Pembersihan komponen

Pemasangan dan pelinciran gerakan

Komponen yang telah bersih dikeringkan dan selepas itu, gerakan dipasang semula dan dilincirkan. Tukang jam membuat pelarasan pertama pada ketepatan gerakan mengikut kriteria ketepatan jenama.

Pemasangan dan pelinciran gerakan

Roller 1
Penutup diceraikan sepenuhnya dan penutup tengah, bezel, penutup belakang serta rantai digilap semula atau diberikan kemasan satin mengikut kemasan asal. Operasi yang halus ini memerlukan penjagaan dan kecekapan yang tinggi.
Pemasangan semula penutup
Selepas dibersihkan dan diperbaharu, bahagian penutup dipasangkan semula dan sendal digantikan. Penutup ini diuji terhadap kekalisan air.
Penutupan gerakan
Gerakan yang telah dipasang semula dengan permukaan dan jarum dimasukkan kembali ke dalam penutup sebaik sahaja tukang jam melaksanakan pemeriksaan teknikal dan estetik yang ketat bagi semua elemen ini.
Ujian ketepatan
Selepas menutup gerakan, tukang jam mengukur sekali lagi ketepatan kronometri dan membuat apa-apa pelarasan akhir yang diperlukan bagi memenuhi syarat Rolex.

Penutup belakang kemudiannya diskrukan dan jam tangan anda menjalani satu lagi ujian khusus Rolex yang mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk mengesahkan prestasi gerakan dari semasa ke semasa.

Penutup belakang

Ujian kalis air

Jam tangan anda menjalani ujian tekanan di dalam air untuk memeriksa bahawa jam itu kedap air dan kemudiannya rantai dipasang semula pada penutup.

Kekalisan air
Kawalan terakhir

Kawalan terakhir

Jam tangan anda kini sedia untuk kawalan akhir iaitu tukang jam akan memastikan jam tangan berfungsi dengan baik dan penampilan estetik adalah sempurna.

Mengembalikan jam tangan

Mengembalikan jam tangan

Pada akhir prosedur penyenggaraan, jam tangan anda dikembalikan kepada anda dalam kantung pelindung berserta jaminan penyenggaraan antarabangsa selama dua tahun yang meliputi alat ganti dan buruh.

Perkhidmatan kelas pertama

Rolex komited untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan kelas pertama kepada anda. Dengan adanya standard tertinggi dan kepakaran tukang jam kami, jam tangan Rolex anda boleh terus melaksanakan fungsi mengikut perubahan masa dengan kebolehpercayaan yang cemerlang dan keindahan yang luar biasa.

Perkhidmatan kelas pertama