
Nama saya tercatat sebagai senarai pemenang di Roland-Garros ialah hal yang luar biasa. Saya sering mengimpikan saat ini dan berada di sini sejak saya mula bermain tenis.
Rali lebih panjang, lantunan lebih tinggi, rentak yang tidak dapat diramalkan dan meluncur dengan kerap.
Satu-satunya kejohanan Grand Slam® yang dimainkan di gelanggang tanah liat, Roland-Garros merupakan cabaran unik yang menuntut keadaan fizikal yang terbaik. Untuk menang di gelanggang oker di Porte d'Auteuil, pemain perlu mengamalkan pepatah yang tertulis di atas pintu masuk gelanggang utama: “Usaha tangga kejayaan.”
Nama saya tercatat sebagai senarai pemenang di Roland-Garros ialah hal yang luar biasa. Saya sering mengimpikan saat ini dan berada di sini sejak saya mula bermain tenis.
Selepas tamat kejohanan 2018, baik pulih kompleks Roland-Garros telah dilakukan untuk mempamerkan potensi penuh kejohanan tenis Grand Slam® ini. Kapasiti di arena utama, Court Philippe-Chatrier, telah ditingkatkan kepada lebih daripada 15,000 tempat duduk. Arena ini juga telah dipasang dengan bumbung boleh kuncup supaya pemain dan penonton terlindung daripada cuaca yang tidak menentu. Sejak 2021, perlawanan diadakan pada waktu malam di bawah sinaran lampu agar seramai mungkin orang dapat merasai debaran pertandingan terulung ini.
Sejak tahun 2019, Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Premium dan Penjaga Masa Rasmi Roland‑Garros.
Pada 2025, dua atlet handalan kembali ke Roland-Garros untuk mempertahankan gelaran mereka. Iga Świątek, ratu tanah liat era moden, telah memenangi kejohanan itu empat kali, termasuk tiga edisi yang lalu. Carlos Alcaraz pula yang menjadi pemain termuda memenangi gelaran Grand Slam® di ketiga-tiga permukaan – gelanggang keras, rumput dan tanah liat – apabila meraih kemenangan pada 2024.
2025, 2024
2025
2024, 2023, 2022, 2020
2016
2011
2009
2008
2007, 2006, 2005, 2003
1992, 1991
1981, 1980, 1979, 1978, 1975, 1974
1986, 1985, 1983, 1980, 1979, 1975, 1974
1969, 1962