Ana Ivanovic

Ana Ivanovic

Pemain berkarisma

Ana Ivanovic, bekas pemain tenis No. 1 Dunia dari Serbia telah menawan dunia tenis dengan permainan yang hebat dan auranya yang berkarisma.

Jam tangan di pergelangan tangan Ana Ivanovic

Memenangi Roland-Garros ialah detik yang sangat mengharukan bagi saya. Semasa mengangkat trofi serta memandang Rolex baharu di pergelangan tangan mengingatkan saya tentang segala kerja keras dan keyakinan yang saya miliki. Semuanya hadir secara serentak.

Ana Ivanovic

Trofi Ana Ivanovic

Bakat yang digeruni

Ana Ivanovic muncul sebagai seorang daripada tokoh utama dalam tenis wanita pada tahun 2000-an.

Terkenal dengan gaya agresif dan pukulan depan yang hebat, Ivanovic mencapai kejayaan luar biasa dalam Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA), termasuk memenangi gelaran perseorangan Grand Slam®.

Ana Ivanovic di atas gelanggang

Pencapaian cemerlang

Ana Ivanovic bermain tenis sejak umur lima tahun kerana terinpsirasi oleh pemain Amerika kelahiran Yugoslavia, Monica Seles.

Beliau menjadi profesional pada tahun 2003 dan pantas menaiki kedudukan dengan permainan garisan belakang yang hebat. Ivanovic mara ke peringkat akhir Grand Slam® pertamanya di Roland-Garros pada 2007 dan mengulangi kemenangan di Terbuka Australia pada tahun berikutnya. Beliau berjaya memenangi Roland-Garros pada 2008 dan sekali gus mencapai kedudukan No. 1 Dunia. Ivanovic merangkul 15 gelaran perseorangan WTA sepanjang kerjayanya. Kehebatan di gelanggang, ketenangan dan permainan yang adil telah menempatkan beliau dalam kalangan elit sukan itu.

Ana Ivanovic menjadi Testimoni Rolex pada 2008, mencerminkan statusnya sebagai pemain terbaik dan menepati nilai pencapaian, ketepatan dan kecemerlangan jenama.

Teruskan meneroka