Wimbledon

Kejayaan di gelanggang rumput

Inovasi yang memartabatkan tradisi

Kejohanan legenda. Institusi yang mengharungi arus kemodenan. Tradisi yang kekal zaman-berzaman.


Inilah kejohanan tenis tertua di dunia ini. Sejak 1877, Wimbledon telah menyatukan warisan dengan inovasi yang jarang berlaku tetapi masih mengekalkan identiti: meneruskan budaya serta merintis teknologi dan peraturan yang berkembang mengikut peredaran zaman. Wimbledon yang menjadi nadi sukan tenis dan para pemain handalan menyajikan aksi penuh debaran pada setiap musim panas di England.

Kejohanan Wimbledon masih dimainkan di gelanggang rumput – sama seperti ketika kejohanan ini dirasmikan pada tahun 1877.

Pengutip bola
Pengutip bola pada latar hadapan ketika Carlos Alcaraz bermain di Centre Court dan memenangi gelaran Perseorangan Lelaki pada tahun 2024.

Tempat lahirnya tenis dunia

Suasana yang ikonik, gelanggang rumput dipotong setiap hari kepada tepat lapan milimeter dan pemain berpakaian serba putih. Tahun demi tahun, Wimbledon meneruskan adat yang berkekalan. Gelanggang ini menjadi pentas pertembungan antara pemain ternama dan ada kisah tersendiri dalam setiap perlawanan. Kisah satu-satunya kejohanan Grand Slam® yang dimainkan di atas gelanggang rumput. Kisah yang melibatkan Rolex sebagai Jam Tangan Rasmi Wimbledon sejak 1978.

Centre Court

Berpandangan jauh

Wimbledon – warisan tradisi yang gah – semakin serasi dengan peredaran zaman. Arena moden memberikan pengalaman yang lebih mengasyikkan menerusi teknologi baharu dan sistem garisan elektronik yang inovatif. Setiap rali, mata dan kemenangan di gelanggang rumput Wimbledon menjadi penentu masa hadapan tenis.

Roger Federer
Roger Federer merangkul gelaran Perseorangan Lelaki pada 2009 yang merupakan juara Wimbledon keenamnya dan gelaran Grand Slam® ke-15 yang memecahkan rekod.Temui lebih lanjut

Kejohanan ini akan terus berkekalan dan sentiasa mengagumkan... Pemain bersilih ganti namun kejohanan masih teguh berdiri.

Roger Federer

Pertarungan di sebuah taman Inggeris

Perlawanan akhir Wimbledon merupakan acara keramat dalam sejarah tenis. Sama seperti para pemenang, kita mengimbau detik-detik mengujakan yang menjulang nilai sukan ini ke tahap tertinggi di Centre Court. Kita mengenang kembali pertembungan epik antara Rod Laver dengan John Newcombe, Björn Borg dengan John McEnroe, Chris Evert dengan Martina Navratilova, Roger Federer dengan Rafael Nadal, serta ramai lagi. Selama beberapa dekad, pertarungan ini telah membina legenda Wimbledon dan Rolex telah merakam detik-detik tersebut dari kerusi hadapan.

Chris Evert
Carlos Alcaraz

Juara Wimbledon