Garbiñe Muguruza
Pemain yang berdaya tahan
Garbiñe Muguruza menunjukkan kehebatannya di gelanggang tenis selama lebih sedekad dan diiktiraf dalam kalangan elit wanita.
Setiap orang mempunyai impian masing-masing dan kehebatan sebenar adalah apabila anda berjaya mengecapi matlamat tersebut.
Garbiñe Muguruza
Juara Grand Slam® dua kali
Garbiñe Muguruza diraikan kerana permainan garisan belakang yang bagus dan semangat daya saing yang tinggi.
Gaya permainan ini membantunya memenangi dua gelaran perseorangan Grand Slam®. Keupayaannya beraksi di pentas terbesar menjadikannya lawan yang hebat dan kegemaran peminat.
Mengejar kecemerlangan tanpa henti
Garbiñe Muguruza memiliki pengaruh besar dalam dunia tenis dengan pencapaiannya yang mengagumkan dan gaya permainan yang serba boleh.
Kejayaan pemain kelahiran Sepanyol-Venezuela itu muncul pada 2014 apabila mara ke pusingan keempat Terbuka Australia dan menewaskan bekas pemain No. 1 Dunia, Caroline Wozniacki. Kemenangan besar pertamanya diraih pada 2016 apabila muncul juara di Roland-Garros untuk menuntut gelaran perseorangan sulung Grand Slam®. Beliau memenangi gelaran perseorangan yang kedua setahun kemudian di Wimbledon.
Pukulan pepat Muguruza dan gaya permainan tangkas mendorongnya ke kedudukan No. 1 dunia pada September 2017.
Sorotan kerjayanya turut merakamkan pencapaian mara ke dua pusingan akhir Grand Slam® di Kejohanan Wimbledon pada 2015 dan di Terbuka Australia pada 2020 serta memenangi Pusingan Akhir WTA yang berprestij pada 2021. Keupayaannya mengungguli pelbagai jenis gelanggang telah terbukti dalam kejayaannya menguasai pelbagai kejohanan di atas gelanggang keras, tanah liat dan rumput.
Permainan Muguruza melibatkan pukulan kilas dua tangan yang padu yang dipuji oleh legenda tenis.
Kerjayanya mula melabuhkan tirai apabila beliau mengumumkan persaraan pada April 2024 yang meninggalkan legasi yang berkekalan dalam sukan itu. Dengan permainan yang mantap dan semangat daya saing, beliau menjadi inspirasi pemain generasi baharu.
Garbiñe Muguruza menjadi Testimoni Rolex pada 2016.
Teruskan meneroka