Datejust 41Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas putihRujukan 126334
Memeriahkan hari anda
Oyster Perpetual Datejust 41 ini dalam Oystersteel dan emas putih mempunyai permukaan ombre hijau dan rantai Oyster.
Bezel berjejalur
Tanda pengenalan Rolex
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 41 ini.
Permukaan ombre hijau
Gradien warna yang unik
Permukaan disaluti lakuer sepenuhnya, yang pertama untuk permukaan ombre sejak pengenalan semula reka bentuk ini dalam katalog jenama pada tahun 2019.
Lakuer hijau disapu pada plat asas, kemudian, seperti semua permukaan ombre, gradien warna dihasilkan dengan menyembur lakuer hitam dalam gerakan sepusat. Inskripsi putih itu amat jelas kelihatan, memaparkan penanda jam indeks Chromalight.
Rolesor putih
Gabungan dua bahan logam
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing.
Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.
Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Lagi Datejust butiran teknikal
Rujukan 126334
Datejust 41
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.