Komitmen untuk masa hadapan
Bab IV
Sebuah keluarga individu pencetus inspirasi. Lelaki dan wanita yang telah meninggalkan jejak dalam bidang mereka. Kisah Oyster berkait rapat dengan pelbagai pencapaian pemakai yang ikonik.
Mengejar kesempurnaan, dahagakan cabaran, semangat untuk berjaya, keazaman untuk meninggalkan jejak – kualiti yang mengilhamkan penciptaan Oyster juga dijunjung dalam disiplin sukan ekuestrian, golf, sukan permotoran, tenis dan lumba layar. Nilai-nilai jenama ini turut dimartabatkan oleh juara terhebat dan mengilhami generasi akan datang.
Kerjasama Rolex yang meluas dengan pertandingan utama dan tokoh sukan, sama ada nama legenda, atlet terkemuka atau bakat yang bersinar, mencerminkan tahap penglibatan jenama ini dalam dunia sukan.
Temui keluarga RolexSeni memberikan ekspresi kecemerlangan yang paling tulen. Daripada artis berpengalaman hinggalah pendatang baru muda yang berbakat, Rolex barada di sisi mereka yang menghidupkan kreativiti, menyebarkan emosi dan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mempromosikan budaya di seluruh dunia.
Dengan menyokong institusi dan acara yang terkenal, jenama ini membantu usaha melindungi dan menyampaikan warisan seni agar budaya kecemerlangan ini terus mengilhami generasi kini dan akan datang.
Temui keluarga Rolex