Koleksi yang dibentuk oleh inovasi

Keluarga jam tangan Oyster

Koleksi yang dibentuk oleh inovasi

Bab III

Oyster
Oyster Story

Sebuah penutup yang menjadi nama jam tangan, kemudian nama koleksi. Seratus tahun selepas dicipta, Oyster terus melambangkan semangat inovatif dan ketukangan Rolex yang unik.

  • ExplorerOyster Perpetual
  • Air-KingAir-King
  • Cosmograph DaytonaCosmograph Daytona
  • Sea-DwellerSea-Dweller
  • ExplorerExplorer
  • Explorer IIExplorer II
  • Yacht-MasterYacht-Master
  • Yacht-Master IIYacht-Master II
  • Land-DwellerLand-Dweller
Keluarga jam tangan Oyster

Oyster Perpetual

Dipersembahkan pada tahun 1931, Oyster Perpetual mewakili satu peristiwa penting dalam sejarah pembuatan jam tangan.

Pewaris Oyster yang asal ini mendapat namanya daripada sistem automatik inovatif yang terdapat di bahagian dalam: rotor Perpetual. Oyster Perpetual mewakili inti pati jam tangan klasik menurut Rolex.

Temui Oyster Perpetual
Oyster Perpetual pertama, emas kuning,ruj. 1858
Oyster Perpetual Pertama 1931
Oyster Perpetual 36, Oystersteelruj. 126000
Oyster Perpetual Oystersteel 2020
Rotor Perpetual

Pergerakan berkekalan

Temui ciri ini
Rotor Perpetual
    Keluarga jam tangan Oyster

    Oyster Perpetual Datejust

    Apabila dikeluarkan pada tahun 1945, Datejust mewakili “kemuncak sains pembuatan jam tangan”, menurut Hans Wilsdorf.

    Jam tangan kronometer kalis air automatik ini merupakan jam tangan Rolex pertama yang memaparkan tarikh pada permukaan menerusi tingkap pada pukul 3.

    Temui Datejust
    Oyster Perpetual Datejust, emas kuning,ruj. 4467
    Datejust Pertama 1945
    Oyster Perpetual Datejust 36, Rolesor kuning,ruj. 126233
    Datejust Rolesor Kuning 2018
    Kanta Siklops

    Sekilas pandangan

    Temui ciri ini
    Kanta Siklops
      Keluarga jam tangan Oyster

      Oyster Perpetual Submariner

      Dengan pengenalan Submariner pada tahun 1953, Rolex menawarkan jam tangan penyelam yang dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki); penilaian kalis air ini telah ditingkatkan kepada 300 meter (1,000 kaki) pada tahun 1989.

      Submariner Date, versi model dengan fungsi tarikh, yang dikeluarkan pada tahun 1969, seterusnya dijamin kalis air hingga 300 meter (1,000 kaki) pada tahun 1979. Bezel boleh putar bersenggat 60 minit merupakan antara ciri ikonik kedua-dua jam tangan alat Rolex ini.

      Temui Submariner
      Oyster Perpetual Submariner, keluli tahan karat,ruj. 6204
      Submariner Pertama 1953
      Oyster Perpetual Submariner, Oystersteel,ruj. 124060
      Submariner 2020
      Triplock

      Kekunci kuasa tiga

      Temui ciri ini
      Putaran jam pusingan Triplock
        Keluarga jam tangan Oyster

        Oyster Perpetual Explorer

        Dicipta pada tahun 1953 susulan pendakian bersejarah Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay, Explorer sangat teguh, mampu menahan turun naik suhu, altitud tinggi dan kejutan berulang.

        Permukaan lakuer hitam anggun Explorer yang tersendiri, dengan estetika yang berbeza dan angka 3, 6 dan 9, juga menawarkan keterbacaan yang luar biasa dalam semua persekitaran.

        Temui Explorer
        Oyster Perpetual Explorer, keluli tahan karat,ruj. 6098
        Explorer Pertama 1953
        Oyster Perpetual Explorer, Oystersteel,ruj. 124270
        Explorer 2021
        Chromalight

        Membelah kepekatan malam

        Temui ciri ini
        Chromalight
          Keluarga jam tangan Oyster

          Oyster Perpetual GMT‑Master  II

          Diperkenalkan pada tahun 1982, GMT‑Master  II merupakan pengganti GMT-Master, yang dilancarkan pada tahun 1955 apabila orang ramai mula mengembara ke tempat-tempat di seluruh dunia dan jarak menjadi semakin pendek.

          Dengan bezel boleh putar dua warna dan jarum 24 jam berhujung segi tiga, GMT‑Master  II mudah dikenali sepintas lalu. Fungsi dua zon waktu menjadikan jam tangan ini teman yang dipercayai bagi pengembara dunia, mengukuhkan hubungan mereka dengan ‘suatu tempat’ istimewa mereka sendiri.

          Temui GMT‑Master  II
          Oyster Perpetual GMT‑Master  II, keluli tahan karat,ruj. 6542
          GMT-Master Pertama 1955
          Oyster Perpetual GMT‑Master  II, Oystersteel,ruj. 126710 BLNR
          2019 GMT-Master II
          Cerachrom

          Gabungan warna sempurna

          Temui ciri ini
          Cerachrom
            Keluarga jam tangan Oyster

            Oyster Perpetual Day‑Date

            Semasa pelancaran pada tahun 1956, Day-Date ialah satu-satunya jam tangan kalendar yang memaparkan, selain tarikh, hari dalam seminggu dieja penuh pada tingkap permukaan.

            Paparan hari kini tersedia dalam 26 bahasa. Day-Date sentiasa digandingkan dengan rantai President yang ikonik.

            Temui Day‑Date
            Oyster Perpetual Day‑Date, emas kuning,ruj. 6611
            Day‑Date Pertama 1956
            Oyster Perpetual Day‑Date, platinum 950,ruj. 128236
            Day‑Date 2022
            Paparan hari

            Tiada jalan pintas

            Temui ciri ini
            Paparan hari
              Keluarga jam tangan Oyster

              Oyster Perpetual Milgauss

              Dari pertengahan tahun 1950-an, saintis mula menggunakan radas dan peralatan baharu yang menghasilkan medan magnet yang kuat. Hal ini boleh merosakkan jam tangan mekanikal, mengganggu prestasi, bahkan menyebabkan gerakannya terhenti sepenuhnya.

              Menyedari fenomena ini, jurutera Rolex telah membangunkan Milgauss, sebuah jam tangan yang dilengkapi perisai dalaman yang melindungi mesin daripada gangguan magnet. Milgauss telah diuji oleh penyelidik di CERN, makmal fizik zarah Eropah, berhampiran dengan Geneva. Dengan jarum saat berbentuk petir yang terkenal, Milgauss melambangkan hubungan antara Rolex dengan sains.

              Oyster Perpetual Milgauss, keluli tahan karat,ruj. 6541
              Milgauss Pertama 1956
              Oyster Perpetual Milgauss, Oystersteel,ruj. 116400 GV
              Milgauss 2014
              Keluarga jam tangan Oyster

              Oyster Perpetual Lady‑Datejust

              Jam tangan feminin Rolex klasik, Lady-Datejust, membuat penampilan pertama pada tahun 1957, membawakan keanggunan Datejust dalam saiz penutup kecil – 25 mm semasa pelancaran.

              Terdapat dalam versi Oystersteel atau Rolesor, dalam emas 18 karat kuning, putih atau Everose, ia kekal sehingga kini, dengan diameter 28 mm, jam tangan terkecil jenama dengan paparan tarikh.

              Temui Lady‑Datejust
              Oyster Perpetual Lady‑Datejust, emas kuning,ruj. 6517
              Lady‑Datejust Pertama 1957
              Oyster Perpetual Lady‑Datejust, bezel bertatahkan berlian dan emas Everose 18 karat,ruj. 279135 RBR
              Lady-Datejust 2016
              Pegas rambut Syloxi

              Si kecil yang perkasa

              Temui ciri ini
              Pegas rambut Syloxi
                Keluarga jam tangan Oyster

                Oyster Perpetual Air‑King

                Air‑King menyertai keluarga jam tangan Rolex secara rasmi pada tahun 1958.

                Pada permukaan, nama ‘Air‑King’ ditulis dalam jenis huruf italik yang tersendiri – satu pengecualian dalam barisan Oyster Perpetual. Huruf-huruf ini kekal tidak berubah sejak itu. Permukaan Air‑King juga memaparkan skala minit yang menonjol. Reka bentuk khas ini menawarkan keterbacaan segera dan optimum untuk bacaan masa navigasi.

                Temui Air‑King
                Oyster Perpetual Air‑King, keluli tahan karat,ruj. 5500
                Air-King Pertama 1958
                Oyster Perpetual Air‑King, Oystersteel,ruj. 126900
                Air-King 2022
                Chronergy

                Tiada yang terlepas daripada pandangan kami

                Temui ciri ini
                Chronergy
                  Keluarga jam tangan Oyster

                  Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

                  Dilancarkan pada tahun 1963, Cosmograph Daytona telah menjadi ikon pembuatan jam tangan sejati.

                  Melambangkan ikatan kukuh yang terjalin antara Rolex dengan dunia sukan permotoran selama hampir satu abad, jam tangan ikonik ini, yang amat mudah dikenali melalui reka bentuknya, merupakan rujukan sejagat dalam kalangan kronograf.

                  Temui Cosmograph Daytona
                  Cosmograph Daytona, keluli tahan karat,ruj. 6240
                  Cosmograph Daytona Pertama 1963
                  Oyster Perpetual Cosmograph Daytona, Oystersteel,ruj. 126500 LN
                  Cosmograph Daytona 2023
                  Pegas rambut Parachrom

                  Keunikan warna biru?

                  Temui ciri ini
                  Pegas rambut Parachrom
                    Keluarga jam tangan Oyster

                    Oyster Perpetual Sea‑Dweller

                    Rolex mencipta Sea-Dweller untuk menghadapi cabaran misi bawah laut yang amat dalam untuk tempoh yang lama.

                    Kalis air hingga 610 meter (2,000 kaki) semasa pelancaran pada tahun 1967, kemudian kepada 1,220 meter (4,000 kaki) dari tahun 1978, model ini telah dioptimumkan selama bertahun-tahun dengan kerjasama Comex (Compagnie Maritime d'Expertises). Sea-Dweller direka khusus untuk selaman ʻtepu’ dan mempunyai injap lepas helium.

                    Temui Sea‑Dweller
                    Oyster Perpetual Sea‑Dweller, keluli tahan karat,ruj. 1665
                    Sea‑Dweller Pertama 1967
                    Oyster Perpetual Sea‑Dweller, Oystersteel,ruj. 126600
                    Sea-Dweller 2017
                    Injap lepas helium

                    Kekal utuh

                    Temui ciri ini
                    Injap lepas helium
                      Keluarga jam tangan Oyster

                      Oyster Perpetual Explorer  II

                      Dikeluarkan pada tahun 1971, Explorer II merupakan pewaris Explorer yang layak. Model ini memiliki kualiti ketahanan yang sama terhadap keadaan ekstrem serta dapat dibezakan daripada yang asal melalui rupa yang unik.

                      Explorer II boleh dikenali menerusi jarum jingga tambahan dan bezel tetap bersenggat 24 jam, yang membolehkan pemakai membezakan antara waktu siang dengan malam.

                      Temui Explorer  II
                      Oyster Perpetual Explorer  II, keluli tahan karat,ruj. 1655
                      Explorer II Pertama 1971
                      Oyster Perpetual Explorer  II, Oystersteel,ruj. 226570
                      Explorer II 2021
                      Paraflex

                      Menakjubkan!

                      Temui ciri ini
                      Paraflex
                        Keluarga jam tangan Oyster

                        Oyster Perpetual Yacht‑Master

                        Dilancarkan pada tahun 1992, Yacht‑Master direka khusus untuk peminat kapal layar. Yacht-Master membawa banyak warisan yang telah mengikat Rolex dengan dunia pelayaran sejak tahun 1950-an.

                        Bezel dwiarah dengan senggatan 60 minit timbul merupakan ciri utama Yacht-Master. Jam tangan Profesional yang anggun ini menyatukan kefungsian dan gaya nautika yang sempurna, yang sama unggul di dalam mahupun di luar air.

                        Temui Yacht‑Master
                        Oyster Perpetual Yacht‑Master, emas kuning 18 karat,ruj. 16628
                        Yacht-Master Pertama 1992
                        Oyster Perpetual Yacht‑Master 42, emas kuning 18 karat, rantai Oysterflex,ruj. 226658
                        Yacht‑Master 42 2022
                        Rantai Oysterflex

                        Keteguhan dalam fleksibiliti

                        Temui ciri ini
                        Rantai Oysterflex
                          Keluarga jam tangan Oyster

                          Oyster Perpetual Yacht‑Master  II

                          Yacht-Master II, yang dilancarkan pada tahun 2007, merupakan hasil daripada hubungan jangka panjang antara Rolex dengan dunia pelayaran kompetitif.

                          Pada tahun 2026, jenama ini memperkenalkan generasi baharu kronograf regata ini, yang fungsi kira detik dengan ingatan mekanik telah direka bentuk semula sepenuhnya. Anggun, ringkas, dimodenkan dan dengan keterbacaan yang dipertingkatkan, Yacht-Master II baharu membolehkan pelayar mengurus turutan permulaan perlumbaan yang penting dengan lebih berkesan.

                          Temui Yacht‑Master  II
                          Oyster Perpetual Yacht‑Master  II, emas kuning 18 karat,ruj. 116688
                          Yacht-Master II Pertama 2007
                          Oyster Perpetual Yacht‑Master  II, Oystersteelruj. 126680
                          Yacht-Master II 2026
                          Keluarga jam tangan Oyster

                          Oyster Perpetual Rolex Deepsea

                          Sejak 2008, Rolex Deepsea telah meneruskan sejarah jam tangan Rolex yang dikhususkan untuk penerokaan laut dalam.

                          Dijamin kalis air hingga 3,900 meter (12,800 kaki) – kedalaman yang tiada manusia boleh hidup semasa membuat selaman skuba – model ini dilengkapi sistem Ringlock, yang mampu menahan tekanan melampau di dalam jurang.

                          Temui Rolex Deepsea
                          Oyster Perpetual Rolex Deepsea, keluli 904L,ruj. 116660
                          Rolex Deepsea Pertama 2008
                          Oyster Perpetual Rolex Deepsea, Oystersteel,ruj. 136660
                          Rolex Deepsea 2014
                          Sistem Ringlock

                          Tekanan

                          Temui ciri ini
                          Sistem Ringlock
                            Keluarga jam tangan Oyster

                            Oyster Perpetual Sky‑Dweller

                            Anggun, canggih, berputar seiring dengan dunia, Sky-Dweller menawarkan paparan masa yang lengkap dan intuitif kepada pengembara tegar, di mana-mana sahaja mereka berada.

                            Diperkenalkan pada tahun 2012, Sky-Dweller memaparkan waktu dalam zon waktu kedua melalui segi tiga merah yang menunjuk ke cakera putar bersenggat 24 jam. Bulan semasa ditunjukkan dengan warna merah dalam satu daripada 12 bukaan yang menandakan penanda jam di sekeliling lilitan permukaan.

                            Temui Sky-Dweller
                            Oyster Perpetual Sky‑Dweller, emas kuning 18 karat,ruj. 326939
                            Sky-Dweller Pertama 2012
                            Oyster Perpetual Sky‑Dweller, emas kuning 18 karat, rantai Oysterflexruj. 326238
                            Sky-Dweller 2020
                            Saros

                            Kenapa harus merumitkan keadaan?

                            Temui ciri ini
                            Saros
                              Keluarga jam tangan Oyster

                              Oyster Perpetual Land‑Dweller

                              Diperkenalkan pada tahun 2025, Land‑Dweller memulakan lembaran baharu dalam sejarah Rolex.

                              Menerusi rantai Flat Jubilee dan penutup Oyster berwajah baharu, model ini menggarap semula gaya jam tangan dengan rantai bersepadu dengan cara kontemporari yang tersendiri.

                              Tahan terhadap medan magnet yang kuat, gerakan revolusioner berdetik pada frekuensi 5 hertz, kadar tinggi yang meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan ketepatan kronometri.

                              Temui Land‑Dweller
                              Oyster Perpetual Datejust, Rolesor kuning,ruj. 1630
                              Datejust 1974
                              Oyster Perpetual Land‑Dweller 40, Rolesor putih,ruj. 127334
                              Land‑Dweller 2025
                              Bolosan Dynapulse

                              Impuls baharu

                              Temui ciri ini
                              Bolosan Dynapulse