Era baharu pembuatan jam tangan
Bab V
Pencapaian seratus tahun yang telah membentuk dunia pembuatan jam tangan secara mendalam. Satu perjalanan manusia dan teknikal yang kini menjangkau masa hadapan.
Pada tahun 2026, Rolex memperkenalkan pensijilan baharu yang lebih ketat dengan kriteria yang diperkukuh. Rolex meneruskan misi untuk mencapai ketepatan terunggul menggunakan fizik kuantum untuk mentakrifkan semula pengukuran masa dengan lebih lanjut.
Pada tahun 2026, Rolex telah meneguhkan komitmen kepada pemakai jam tangan jenama ini dengan mengukuhkan pensijilan Superlative Chronometer menerusi tiga kriteria ujian baharu menyeluruh, yang dilaksanakan semasa peringkat reka bentuk dan pembuatan: rintangan terhadap medan magnet, kebolehpercayaan serta kemampanan.
Kriteria ini ditambahkan apabila pensijilan ditakrifkan semula pada tahun 2015, yang merangkumi ketepatan, kekalisan air, automasi dan autonomi (rizab kuasa), yang disahkan semasa ujian pada jam tangan yang telah siap.
Rolex sentiasa menjadikan ketepatan kronometri sebagai matlamat asas. Ciri ini merupakan teras kepada jam tangan Rolex dan pensijilan Superlative Chronometer.
Misi memburu ketepatan ini juga mendasari budaya inovasi berterusan yang telah mendorong jenama ini untuk membangunkan jam atom optik berprestasi tinggi yang inovatif. Instrumen unik ini membolehkan Rolex menjamin ketepatan saat dengan kejituan yang tiada tandingan.
Dan kesudahan ceritanya...? Tiada kesudahan buat masa ini!