
Rantai Oysterflex
Keteguhan dalam fleksibiliti
Ini ialah rantai Oysterflex kami yang terkenal, yang diperkenalkan pada tahun 2015 pada jam Yacht-Master 37. Sifat ketahanan yang tidak tergugat ialah hasil daripada dua bilah logam yang mudah dilentur, dilitupi dengan elastomer berprestasi tinggi: satu inovasi yang direka bentuk untuk menangani kekangan khusus pada sesetengah jam tangan Profesional kami.
Ia menggabungkan keteguhan dan fleksibiliti untuk mencapai tahap keselesaan yang tiada tandingan. Padanan rantai teknikal ini dengan penutup jam tangan yang terbina daripada emas 18k mungkin mengejutkan. Walaupun dari segi estetik, rantai Oysterflex adalah satu langkah ke arah baharu, secara teknikal, ia telah melangkah lebih jauh daripada yang lain. Ciri ketahanan rantai ini sepadan dengan kualiti superlatif jam kami. Begitu juga kusyen yang diletakkan di bawah, menjadikan jam tangan ini sangat selesa. Oysterflex menjadi bukti lanjut bahawa kepakaran kami menghasilkan tali dan rantai jam tangan adalah satu kebanggaan kami sama seperti kepakaran yang kami terapkan dalam penciptaan jam tangan berkaliber kami. Lagipun, tidak mungkin jam tangan kami mampu mencabar masa tanpa rantai yang mampu bertahan daripada cabaran masa.
