jakub-jozef-orlinski

Jakub Józef Orliński

Opera dan tarian breakdance bersatu

Jakub Józef Orliński ialah seorang penyanyi alto laki-laki Poland yang memiliki suara “buluh perindu”, dengan pencapaian yang merangkumi muzik dan seni tarian breakdance.

Jakub Józef Orliński menari breakdance

Menyantuni khalayak baharu

Jakub Józef Orliński menggabungkan keunggulan vokal Baroque dengan persembahan yang sering disulami dengan akrobatik breakdance.

Penampilannya di arena ternama seperti Opera Metropolitan, Dewan Opera Diraja dan Carnegie Hall telah mendapat pujian kritis. Dibesarkan dalam keluarga seni, pendedahan awal Orliński kepada muzik disuntik melalui koir Gregorianum di Warsaw. Beliau melanjutkan pengajian vokal di Universiti Muzik Fryderyk Chopin dan kemudian di Sekolah Juilliard di New York, yang mengasah kemahirannya di bawah bimbingan mentor terkemuka. Detik kejayaannya hadir pada tahun 2017 apabila persembahan Vedrò con mio diletto Vivaldi secara santai menjadi tular, lantas mempamerkan bakatnya yang luar biasa kepada khalayak global.

Jakub Józef Orliński pada Pesta Verbier 2022

Orliński menyampaikan resital yang menerima banyak pujian pada Pesta Verbier 2022 dalam persembahan bersama pemain piano Michał Biel di Église de Verbier. Persembahan itu kemudiannya disiarkan pada Medici.tv.

Pada tahun 2024, beliau membuat persembahan sempena majlis perasmian Sukan Olimpik Paris, membawa suara tersendiri dan aura pentas pada satu daripada acara kebudayaan yang meraih tontonan tertinggi di dunia.

Potret Jakub Józef Orliński

Daripada Baroque kepada muzik kontemporari

Repertoir Orliński merangkumi karya agung Baroque dan gubahan kontemporari, serta sering bekerjasama dengan ensembel seperti Il Pomo d'Oro.

Album beliau, termasuk Anima Sacra (2018) dan Facce d'amore (2019), telah menerima pelbagai anugerah kerana tafsiran ekspresif dan ketepatan teknikal. Selain menyanyi, latar belakang Orliński dalam tarian breakdance menggarap elemen fizikal yang unik pada persembahannya, sekali gus mencabar norma persembahan opera tradisional. Jakub Orliński menjadi Testimoni Rolex pada 2025.