Rolex Deepsea

Keberanian di bawah tekanan

Deepsea

Rolex Deepsea melambangkan piawaian teknikal yang tepat yang sentiasa dikemas kini apabila mereka bentuk jam tangan Profesional kami khusus untuk menyelam.

Injap Helium

Injap lepas helium
Menguasai tekanan

Rintangan berteknologi tinggi

Sistem Ringlock
Menjadikan tekanan sebagai sekutu

Bezel bersenggat dan paparan Chromalight
Kejelasan yang cemerlang

Bezel bersenggat

Ciri utama Rolex Deepsea dan semua jam tangan penyelam Rolex, iaitu bezel boleh putar satu arah, dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom monoblok bersenggat 60 minit. Alat penting ini mengukur masa selaman dengan tepat.

Dihasilkan oleh Rolex dan dipatenkan, sisipan bezel Cerachrom diperbuat daripada seramik berteknologi tinggi. Sisipan ini sangat keras, teramat kalis calar, dan warnanya tidak berubah. Senggatan dan angka yang dibentuk dan berlekuk disaluti dengan metal berharga yang kontras melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal).

Bezel ini juga boleh dipusingkan dengan mudah walaupun ketika memakai sarung tangan kerana adanya tombol-tombol tepi berlekuk yang memberikan cengkaman yang baik.

Chromalight

Paparan Chromalight memberi Rolex Deepsea kebolehbacaan optimum dalam apa-apa keadaan. Bahan pendarkilau yang digunakan bersinar putih terang pada waktu siang dan memancarkan cahaya biru pekat dalam keadaan gelap.

Eksklusif untuk Rolex dan diperkenalkan pada tahun 2008, paparan Chromalight telah dioptimumkan pada tahun 2021 dengan penggunaan bahan baharu yang memancarkan cahaya biru yang tahan lebih lama dan rona putih yang lebih cerah pada waktu siang. Prestasi bahan pendarkilau ini ternyata melebihi standard yang diperlukan dalam proses pembuatan jam yang biasa.

Bahan ini terhasil daripada proses pembuatan yang kompleks dengan membakar serbuk yang amat halus – terdiri daripada aluminium, strontium, disprosium dan europium – pada suhu tinggi dan kemudian dicampurkan dengan cecair resin. Penanda jam, jarum, kapsul dan bezel diisi atau disadur dengan menggunakan tangan. Operasi ini memerlukan ketepatan yang tinggi untuk mencampurkan dos kuantiti bahan dengan sempurna dan mendapatkan hasil yang seragam yang memenuhi kriteria kecemerlangan Rolex.

m136660-0005
 Permukaan biru D

Permukaan biru D
Nuansa lautan

Pengancing Oysterlock dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Keselamatan dan kebolehpercayaan dalam semua keadaan

Kepakaran Rolex
Reka bentuk untuk penyelam

Direka bentuk untuk penyelaman laut dalam, Rolex Deepsea dilengkapi dengan putaran jam Triplock yang mengukuhkan kekedapan penutup Oyster. Putaran yang diskrukan ini telah dicipta pada tahun 1970 dan terdiri daripada tiga zon kedap.

Bahagian yang terdapat pada semua jam tangan penyelam Rolex ini terdiri daripada kira-kira 10 komponen yang diperbuat daripada bahan yang dipilih kerana sifat intrinsik: polimer untuk pengedap kalis air, Oystersteel, logam berharga dan titanium RLX untuk bahagian mekanikal dan estetik.

Putaran jam Triplock yang diskrukan pada penutup untuk memberikan sifat kalis air yang sempurna boleh dikenali dengan tiga simbol yang timbul di bawah lambang Rolex di bahagian hadapan.

Oystersteel

Rolex Deepsea diperbuat daripada Oystersteel, aloi istimewa yang tergolong dalam keluarga keluli 904L yang biasanya digunakan dalam persekitaran teknologi tinggi seperti industri ruang angkasa dan kimia.

Pada tahun 1985, Rolex menjadi jenama pembuatan jam pertama yang menggunakan blok keluli 904L padu untuk penutup tertentu.

Oystersteel sangat tahan terhadap kakisan dan memberi Rolex Deepsea sinaran unik yang mengekalkan kilauan walaupun dipakai dalam persekitaran ekstrem.

Emas kuning
Rolex Deepsea juga boleh didapati dalam emas kuning 18 karat. Sama ada emas 18 karat kuning, putih atau Everose, semua emas Rolex dicipta sepenuhnya dan dituang di dalam faundri jenama itu sendiri. Terdiri daripada 750 ‰ emas tulen dan campuran perak, kuprum atau paladium, aloi berharga ini dibezakan dengan ketulenan dan sinaran.
Kaliber 3235

Kaliber 3235 yang menggerakkan Rolex Deepsea ialah sebuah gerakan automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni bina, pembuatan dan ciri inovatif menjadikan kaliber ini sangat tepat dan boleh dipercayai.

Dengan 14 paten ketika dilancarkan pada tahun 2015, kaliber 3235 ialah gerakan yang dipasang dengan pegas rambut Parachrom dan bolosan Chronergy, yang kedua-duanya mampu menahan medan magnet yang kuat. Kaliber ini juga mempunyai penyerap kejutan Paraflex yang melindungi pengayun daripada hentaman.

Rolex Deepsea ialah Kronometer Superlatif yang diperakui yang menawarkan prestasi cemerlang, terutamanya dari segi ketepatan (-2/+2 saat sehari) dan autonomi (kira-kira 70 jam).