Penerokaan dalam air

Mencabar kemampuan diri sendiri

Melampaui sempadan, pergi ke tempat yang tidak pernah diterokai manusia, mencabar kemampuan diri demi meraih pencapaian yang luar biasa... dan kemudian mengulangi usaha tersebut. Rolex Deepsea menghiasi pergelangan tangan lelaki dan wanita yang arif dalam dalam bidang masing-masing serta tahu cara mengatasi tekanan demi mencapai objektif mereka dan seterusnya, melangkah lebih jauh.

Trieste

Testimoni Rolex sejak tahun 2013

Don Walsh

Sea-Dweller Don Walsh dan Jacques Picard

Rekod bersejarah

Pada tahun 1960, leftenan Tentera Laut AS Don Walsh dan Jacques Piccard mencipta rekod selaman apabila mereka turun ke kedalaman 10,916 meter (35,813 kaki) di dasar Jurang Mariana di Lautan Pasifik.

Di bahagian luar batiskaf mereka Trieste, dilekatkan jam tangan eksperimen: Rolex Deep Sea Special. Jam ini menahan tekanan yang amat kuat pada kedalaman ini tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penyelaman bersejarah Trieste bukan sekadar pelayaran yang mencatat rekod. Dengan tercapainya misi mereka, kedua-dua ahli oseanografi ini membuka gerbang ke dunia jurang lautan, yang dianggap tiada hidupan oleh kebanyakan penyelidik. Oleh itu, misi Trieste merupakan satu langkah penting ke arah meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk melindungi habitat laut dalam.

Kemudian, pembikin filem James Cameron mengambil masa 52 tahun untuk mengulangi pencapaian Walsh dan Piccard. Beliau turun ke dasar Jurang Mariana pada tahun 2012 bersama satu lagi jam tangan eksperimen yang dilekatkan pada lengan kapal: Rolex Deepsea Challenge, yang dibangunkan khas untuk misi tersebut.

Temui lagi di Rolex.org

Ekspedisi Di Bawah Kutub

Ghislain Bardout dan Emmanuelle Périé-Bardout

Ghislain Bardout dan Emmanuelle Périé-Bardout
Penyelam bawah air

Meneroka kedalaman, dari kutub ke kawasan tropika.

Sejak 2010, penyelam ini tidak henti-henti menyeberangi lautan dunia sambil menggabungkan sains dan penerokaan dalam air. Ekspedisi pertama mereka dipanggil Laut Dalam Di Bawah Kutub oleh Rolex. Pada penghujung misi itu, Emmanuelle Périé-Bardout berkata, “Satu-satunya alat selaman yang berfungsi sepanjang masa ialah jam tangan Rolex Deepsea kami.”

Melalui DEEPLIFE, program penerokaan terbaru yang dilancarkan pada tahun 2022, penjelajah duo itu dan sepasukan saintis mengkaji hutan haiwan marin laut dalam di seluruh dunia. Siri ekspedisi baharu ini ialah sebahagian daripada Dekad Sains Laut untuk Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2021–2030) dan disokong oleh Rolex dan Inisiatif Planet Abadi.

Testimoni Rolex sejak tahun 2012

Tiger Woods

Tiger Woods

Daripada hijau kepada biru D

Pada tahun 2019, Tiger Woods membuat salah satu kemunculan semula yang paling menakjubkan dalam sejarah sukan apabila pada usia 43 tahun, beliau menang bergaya di Kelab Golf Kebangsaan Augusta – 22 tahun selepas meraih gelaran Masters yang kelima. Ketika majlis penyampaian hadiah, beliau menyarung Jaket Hijau yang terkenal dan menjulang trofi sambil memakai Rolex Deepsea permukaan biru D pada pergelangan tangannya. Dengan gelaran Utama ke-15 ini, beliau mengukuhkan lagi kedudukannya di belakang legenda Jack Nicklaus dalam sejarah golf.

Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, Woods telah memegang gelaran No. 1 Dunia lebih lama daripada pemain golf yang lain. Antara banyak pencapaiannya, beliau ialah satu-satunya pemain yang memenangi empat Utama berturut-turut, satu pencapaian yang kini digelar sebagai Tiger Slam. Usaha berterusan warga Amerika ini untuk memburu kecemerlangan telah menyuntik inspirasi kepada berjuta-juta pemain dan menawan hati peminat golf serta seluruh dunia.