Rolex SailGP

Mencorakkan semula arena lumba layar

Membina masa hadapan lumba layar

Katamaran ultraringan yang anggun Perlumbaan mendebarkan yang menyajikan pengalaman unik yang mengasyikkan untuk penonton di lima benua. Rolex SailGP Championship mencorakkan semula arena lumba layar dan membina masa hadapan sukan tersebut. Di sini, mengharungi cabaran alam tidak mencukupi – reaksi sepantas kilat adalah penting untuk menemukan laluan yang sempurna semasa menempuh ombak ke arah kemenangan.

Kumpulan kapal layar terpantas

Kumpulan kapal layar terpantas dalam sejarah

Dua belas kru yang terdiri daripada pelayar terbaik. Katamaran yang simetri, dengan kerajang dan sayap layar tegar mampu mencapai kelajuan 50 knot atau hampir 100 km/j. Perlumbaan hebat yang berlangsung paling lama 15 minit. Rolex SailGP Championship meniup nafas baharu ke dalam dunia lumba layar menerusi bot canggih yang mempamerkan prestasi yang luar biasa. Kapal layar terbang sebenar ini berlumba mewakili negara masing-masing dan membentuk armada kapal layar terpantas dalam sejarah.

Regata merentasi lima benua

Rolex SailGP Championship yang dilancarkan pada 2019 telah menjadi acara lumba layar paling menarik yang kian berkembang dengan acara baharu pada setiap musim. Kini, banyak perlumbaan diadakan di seluruh dunia. Dari Teluk San Francisco ke Dubai, melalui Auckland, Portsmouth dan juga pesisir Tasik Geneva, pertandingan ini memaparkan aksi yang menakjubkan, manakala astaka besar yang luas menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada penonton. Rolex ialah Rakan Kongsi Perdana dan Jam Tangan Rasmi Rolex SailGP Championship.

SailGP ialah sebuah peristiwa penting dalam perkembangan dan juga kesinambungan lumba layar. Gabungan teknologi terkini dan keagungan sukan mengukuhkan lagi daya tarikan lumba layar.

Sir Ben Ainslie, Testimoni Rolex
Sir Ben Ainslie

Kupasan Rolex SailGP Championship