Oyster Perpetual

Hayati dunia
Oyster anda

Kebebasan pergerakan

Sebagai model yang melambangkan semangat pembuatan Rolex, Oyster Perpetual direka bentuk untuk mereka yang melihat dunia sebagai sebuah peluang tanpa sempadan. Sebagai jam tangan yang sempurna, Oyster Perpetual menggalas legasi Rolex seiring dengan arus kemodenan. Dipercayai dalam setiap detik, Oyster Perpetual mengatasi tuntutan kehidupan kontemporari dan membuka laluan kepada peluang masa hadapan tanpa batasan yang bakal menjadi milik kita.

Simbol universal

Ciri estetika model Oyster Perpetual meletakkan jam tangan ini dalam kelas yang tersendiri sebagai simbol gaya universal dan klasik. Model ini melambangkan bentuk dan fungsi abadi yang berakar umbi daripada perintis asal Rolex. Kesederhanaan yang asal.

Evolusi

Jam tangan Oyster Perpetual tampil menyerlah dengan permukaan dalam warna lembut atau terang, agar sentiasa tampak kontemporari.

Permukaan hijau

Perlindungan optimum

Penutup Oyster bagi model-model Oyster Perpetual dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah jam tangan diperbuat secara eksklusif daripada blok Oystersteel yang kukuh, satu aloi yang sangat tahan kakisan. Penutup belakang dengan pinggir berjelajur halus dipasangkan secara kedap dengan alat khas yang digunakan secara eksklusif oleh tukang jam Rolex. Satu lagi komponen utama dalam struktur kalis air ini ialah putaran jam Twinlock yang dipasang dengan sistem kalis air berganda yang telah diskrukan dengan ketat pada penutup. Penutup Oyster yang kalis air memberikan perlindungan optimum daripada air dan habuk kepada gerakan Rolex.

Penutup Oyster

Oyster Perpetual memperlihatkan konsep Oyster yang paling tulen.

Oystersteel

Direka khas untuk Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam bidang teknologi canggih seperti industri ruang angkasa dan kimia. Oystersteel sangat tahan kakisan dan memberikan kilauan luar biasa serta mengekalkan sinaran walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Buih aneka warna
Permukaan kemasan sinar matahari
  • Collin Morikawa
    Temui lagi
  • Garbiñe Muguruza
    Temui lagi