Oyster Perpetual
Merealisasikan visiSebagai penzahiran sebenar visi Hans Wilsdorf, Oyster Perpetual menggabungkan tradisi dan inovasi. Dengan sejarah yang kaya, penambahbaikan teknikal yang konsisten dan ketulenan reka bentuk, model ini telah membantu pembentukan rupa jam tangan moden.
Ketepatan di pergelangan tangan
Sebuah jam tangan Rolex memperoleh sijil kronometer daripada Pusat Penilaian Jam Tangan Rasmi di Bienne, Switzerland, yang menunjukkan bahawa ia setanding dengan ketepatan jam saku. Pada tahun 1914, sebuah lagi jam tangan Rolex menerima sijil ‘Kelas A’ yang berprestij daripada Balai Cerap Kew, satu anugerah yang biasanya dikhaskan untuk kronometer marin. Untuk kali pertama, jam tangan menyamai alat penjaga masa yang paling tepat pada zaman itu.
1910
Pencapaian penting terawal
Rolex memperkenalkan penutup Oyster, satu peristiwa penting dalam sejarah pembuatan jam tangan. Umpama cangkerang kedap udara, penutup ini melindungi gerakan daripada air, habuk dan kelembapan.
1926
Kejayaan asal
Pengasas Rolex menghadiahkan seutas jam tangan Oyster kepada Mercedes Gleitze untuk misi berenang menyeberangi Selat Inggeris. Perenang Inggeris itu kemudian menulis surat kepada Hans Wilsdorf, dengan berkata:
Saya memakai jam tangan Rolex Oyster semasa berenang kerana ini satu-satunya jam tangan yang saya tahu kalis air sepenuhnya dan juga kebal terhadap kerosakan akibat pasir atau udara air masin.
1927
Rotor Perpetual
Rolex telah mempatenkan rotor Perpetual, satu sistem yang membolehkan mesin mekanikal berputar sendiri secara automatik menggunakan pergerakan semula jadi pergelangan tangan. Gabungan penutup Oyster dan rotor Perpetual telah melahirkan konsep Oyster Perpetual. Terukir pada permukaan, ini menandakan kekalisan air dan autonomi jam tangan ini.
1931
Tenaga yang dioptimumkan
Rolex menyempurnakan rotor Perpetual – sistem automatik dengan rotor bebas – dengan pengenalan roda pembalik, yang dipatenkan pada tahun 1952. Hasil daripada dua roda yang saling terhubung ini, tenaga dihantar ke pegas utama tanpa mengira arah putaran berat berayun, lantas memastikan putaran yang berterusan dan dipercayai.
1952
Di puncak dunia
Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay Sherpa menjadi manusia pertama yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest. Pada ketinggian lebih 8,800 meter, dalam keadaan sejuk dan mengalami kekurangan oksigen serta kejutan haba, kedua-dua penjelajah dan alat telah diuji. Antara peralatan Ekspedisi Everest British ialah jam tangan Oyster Perpetual.
Prestasi jam tangan Oyster Rolex amat bagus dan bagi kami, Oysters Rolex memang antara peralatan pendakian aras tinggi yang penting.
1953
Menaklukkan bumi nan luas
Sir Francis Chichester menjelmakan semangat berani dan pencapaian terulung pelayar terhebat abad ke-20 itu. Antara tahun 1966 hingga 1967, beliau mencapai satu kejayaan besar: pelayaran mengelilingi dunia secara solo dari barat ke timur, dengan hanya satu persinggahan. Di atas bot layarnya, Chichester hanya menyimpan barang-barang penting: carta nautika, sekstan dan kronometer Oyster Perpetual.
Semasa belayar mengelilingi dunia di atas Gipsy Moth IV, jam tangan Rolex saya telah terlepas daripada pergelangan tangan beberapa kali tanpa sebarang kerosakan. Saya tidak dapat membayangkan jam tangan yang lebih keras daripada ini.
1966
Aloi yang ikonik
Rolex menjadi jenama pembuatan jam pertama yang menggunakan blok keluli 904L padu untuk sesetengah penutup. Terkenal kerana ketahanan terhadap kakisan, aloi yang jitu ini meningkatkan keteguhan dan ketahanan jam tangan. Ia kemudian mengukuhkan kedudukan sebagai aloi yang unik untuk rangkaian Oyster Perpetual.
1985
Kelahiran rangkaian
Rangkaian yang dipanggil ‘Oyster Perpetual’ telah membuat penampilan sulung dalam katalog jenama ini. Tepat, kalis air dan automatik, jam tangan Oyster Perpetual meneruskan legasi Oyster yang asal dan melambangkan inti pati pengetahuan jenama ini.
2014
2020
Seratus tahun Oyster
Edisi khas Oyster Perpetual dalam varian Rolesor kuning, yang terdapat dalam saiz 31 mm, 36 mm dan 41 mm, telah diperkenalkan sempena ulang tahun ke-100 Oyster. Beberapa butiran jelas menimbulkan semangat ulang tahun keseratus itu: nombor 100 pada putaran jam pusingan dan, pada permukaan, ‘100 years’ menggantikan ‘Swiss Made’ pada pukul 6. Pada permukaan batu metamorfik, nama ‘Rolex’ dan segi empat sama kecil bercetak pad pada trek minit ditampilkan dalam warna hijau, warna ikonik untuk jenama ini.