Oyster Perpetual

Inti pati kecemerlangan

Oyster Perpetual

Memiliki pensijilan Kronometer Superlatif, dibina secara eksklusif daripada Oystersteel, dilengkapi dengan permukaan sederhana dan gerakan yang menggerakkan tiga jarum tengah, Oyster Perpetual mewakili visi Rolex bagi jam tangan klasik.

Permukaan ungu pekat Oyster Perpetual

Penutup Oyster
Penjaga yang kalis air

Oyster perpetual
Oyster Perpetual green dial

Putaran jam Twinlock
Sistem kekalisan air ganda dua

Permukaan Oyster Perpetual
Aneka wajah

Oyster Perpetual terserlah dengan permukaan dalam pelbagai warna, halus atau ranggi: pelbagai wajah berbeza yang sentiasa menampilkan rupa kontemporari. Daripada lakuer kusam kuning air, ungu lembut atau pistasio, kepada mawar kandi, hijau, biru birus, lakuer biru sederhana atau hitam atau kemasan sinar matahari perak, masing-masing sepadan dengan sebarang gaya.


Permukaan direka bentuk di bengkel kami dengan ketepatan tertinggi. Sekali imbas, permukaan membawa identiti setiap Oyster Perpetual serta memastikan kebolehbacaan optimum.

Bebayang permukaan
Permukaan firus
Bebayang permukaan
Permukaan hijau terang
Bebayang permukaan
Permukaan kuning air
Bebayang permukaan
Permukaan ungu pekat
Permukaan hitam Oyster Perpetual

Oystersteel
Ketahanan yang utuh

Oyster Perpetual blue dial

Paparan Chromalight
Daripada gelap kepada terang

Rantai Oyster
Keselesaan dan keteguhan

Oyster Bracelet

Kaliber 2232 dan 3230
Inovasi sedang dicipta

Kaliber 2232
Sebuah demonstrasi teknologi handalan, kaliber 2232 kami menawarkan prestasi menakjubkan dari segi ketepatan, rizab kuasa, ketahanan terhadap kejutan, kemudahan dan kebolehpercayaan. Kaliber ini dilengkapi dengan pegas rambut Syloxi kami yang diperbuat daripada silikon. Pegas rambut ini menawarkan kestabilan yang baik dalam mengatasi variasi suhu serta tahan terhadap medan magnet yang kuat serta ketahanan yang tinggi terhadap kejutan. Geometri khususnya memastikan keteraturan gerakan dalam sebarang kedudukan. Kaliber 2232 juga dilengkapi dengan penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi dan menawarkan rizab kuasa kira-kira 55 jam.
Kaliber 3230
Kaliber 3230 dilengkapi dengan pelepas Chronergy kami yang dipatenkan: mekanisme yang diperbuat daripada aloi nikel-fosforus, yang amat tidak sensitif terhadap gangguan magnet yang kuat dan menawarkan kebolehpercayaan yang tinggi. Gerakan ini juga termasuk pegas rambut Parachrom biru kami dalam aloi niobium, zirkonium dan oksigen. Tahan terhadap kejutan dan medan magnet yang kuat, pegas rambut ini sangat stabil apabila terdedah kepada turun naik suhu. Kaliber 3230 kami menawarkan prestasi cemerlang terutamanya dari segi ketepatan kronometri (variasi kadar -2/+2 saat sehari), rizab kuasa (kira-kira 70 jam), rintangan kejutan, kemudahan dan kebolehpercayaan.