
Mohor hijau
Lambang kesempurnaan
Ini ialah mohor hijau kami. Sejak tahun 2015, ia tanda baharu kecemerlangan pembuatan jam tangan kami. Tiada apa-apa yang membezakan mohor ini daripada apa-apa mohor rasmi lain, namun inskripsi dan warna menjadikan mohor ini unik.
Warna hijau membuktikan piawaian superlatif kualiti dan prestasi yang kami tetapkan untuk setiap elemen kesemua jam tangan kami: ketepatan, kekalisan air, autonomi, kebolehpercayaan dan ketahanan. Mohor ini menjadi saksi perjalanan epik yang telah dilalui oleh setiap jam di bengkel kami, daripada lakaran awal hingga ujian akhir sebelum penghantaran. Daripada semua komponen yang membentuk jam tangan kami, mohor ini bukanlah yang paling susah untuk dihasilkan tetapi ia menjadi milik kami sepenuhnya dan tidak ternilai harganya. Mohor ini melambangkan kegigihan kami yang tidak akan goyah.
