Anatomi Rolex

Permukaan

Laser engraving

Teknologi PVD

Serakan rona

Ini ialah salah satu daripada permukaan kemasan jejarian kami. Warnanya terhasil melalui proses  pemendapan wap fizikal, PVD.

Dalam suasana terkawal, zarah logam dilapiskan secara berperingkat ke atas permukaan. Ketebalan salutan dan jenis logam memberikan ruang kepada cahaya untuk mendedahkan rona istimewa. Tiada batasan pada gabungan yang tercipta. Begitulah juga spektrum warna istimewa yang dapat kami hasilkan. Proses kami ialah formula molekul yang tepat dengan tujuan untuk menyempurnakan bahan dan mencipta warna yang baharu.

PVD technology
Ukiran laser

Ukiran laser

Seni ukiran warna

Ini ialah motif bunga kami. Eksklusif untuk Datejust 31, ciptaan ini menggabungkan tradisi pembuatan jam tangan dengan teknologi canggih.

Plat tembaga pada dasar permukaan mempunyai kemasan jejarian yang menggunakan dua pancaran laser yang berlainan untuk mencipta kesan kusam atau berira. Keindahan bunga yang pelbagai warna terungkap melalui proses pewarnaan yang memperhalus teksturnya. Ukiran unsur alam ini dihiasi dengan 24 berlian berdiameter pelbagai yang berkilauan bak embun pagi, yang melengkapkan transformasi permukaan.

Permukaan ini tidak tersedia dalam katalog semasa lagi.

Ukiran laser
Pengelektrosaduran

Pengelektrosaduran

Salutan menakjubkan

Ini ialah permukaan putih teramat kami. Penampilan yang memukau ini diperoleh melalui teknik elektroplat, suatu kaedah yang telah dicuba dan diuji dalam banyak bidang.

Plat tapak loyang melalui beberapa siri rendaman elektrolitik untuk melapisi plat ini dengan lapisan logam yang sangat tipis. Pada permukaan ini, kami menggunakan emas, nikel, kemudian perak.  Selepas permukaan digosok, rendaman terakhir dilakukan untuk meningkatkan keamatan warna putih, yang terserlah oleh cahaya. Proses elektrolit melindungi, tetapi yang lebih penting, mencantikkan. Kemahiran dalam proses ini juga bermaksud penguasaan bentuk seni yang unik.

Pengelektrosaduran

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta