Liputan Sea-Dweller
Liputan Sea-Dweller

Sea-Dweller

Jam Tangan yang menawan kedalaman

  • Direka bentuk
    untuk kedalaman
    ekstrem

    Reka bentuk

  • Sea-Dweller
    43 mm, Oystersteel
  • Bezel Sea-Dweller dengan senggat 60-minit dan boleh putar diwarah membolehkan penyelam memantau masa menyelam serta penyahmampatan mereka dengan selamat. Ia dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar dan kakisan yang mana warnanya tidak terjejas oleh sinar ultralembayung matahari. Senggatan disalutkan melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan nipis platinum.

  • Tiada jam tangan lain yang direka sepertimana Rolex Deepsea. Kalis air pada kedalaman 3,900 meter (12,800 kaki), jam tangan penyelam generasi baharu ini adalah hasil inovasi eksklusif yang dibangunkan oleh Rolex untuk mengatasi permintaan paling berat penyelam profesional.

    Baca lebih lanjut
  • Untuk keterbacaan yang sangat baik dalam keadaan gelap, dail hitam berkilat menampilkan penanda jam Chromalight yang besar berserta jarum yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru tahan lama.

  • Ketahanan
    terhadap tekanan

    Ciri-ciri

  • Sea-Dweller
    43 mm, Oystersteel
  • Para penyelam tepu mengalami fenomena menyusahkan yang menjejaskan jam tangan mereka semasa fasa penyahmampatan dalam bilik hiperbarik yang diisi dengan campuran pernafasan yang sebahagian besarnya terdiri daripada gas helium.

  • Molekul helium sangat kecil sehingga dapat menembusi penutup jam tangan secara perlahan-lahan melalui gasket menjadikan tekanan di dalam jam tangan menyamai tekanan di dalam habitat. Walau bagaimanapun, semasa proses penyahmampatan penyelam dibawa kembali ke tekanan atmosfera yang normal secara perlahan-lahan, gas tidak dapat melepaskan diri dari penutup kalis air dengan cukup pantas. 

    Baca lebih lanjut
  • Rolex Deepsea
    44 mm, Oystersteel
  • Bagi menangani isu ini, Rolex mencipta dan mematenkan injap pelepasan gas untuk jam tangan iaitu sebuah injap sehala yang membolehkan helium terperangkap dalam jam tangan dibebaskan dengan selamat pada tekanan tertentu semasa penyahmampatan sambil mengekalkan kekalisan air yang ketat pada penutup Oyster.

  • Sea-Dweller
    43 mm, Oystersteel
  • Inovasi ini memberikan sentuhan akhir kepada ketahanan terhadap tekanan - baik dalaman mahupun luaran - penutup Sea-Dweller yang menghasilkan jam tangan yang disesuaikan dengan keperluan penyelam laut dalam dengan sempurna. Rolex Deepsea terhutang budi kepada sistem Ringlock eksklusif yang menghasilkan kekuatan, kekalisan air dan ketahanan tekanan luar biasanya. 

    Baca lebih lanjut
  • Pemburuan kedalaman

    Alam semesta

  • 1960
    Don Walsh dan Jacques Piccard di dalamTrieste
  • Pada tahun 1960, Leftenan Tentera Laut A.S. iaitu Don Walsh dan ahli lautan Switzerland, Jacques Piccard telah menaikkan bar eksplorasi marin untuk selama-selamanya dengan memandu batiskaf Trieste ke titik paling dalam di lautan dunia iaitu Challenger Deep di Jurang Mariana. 

    Baca lebih lanjut
  • 1960 - Deep Sea Special
    Dihasilkan untuk menahan keadaan yang paling ekstrem
  • Pada 26 Mac 2012, pembuat filem dan National Geographic Explorer-in-Residence James Cameron telah turun ke Jurang Mariana dalam bot boleh tenggelamnya yang merupakan selaman secara solo terdalam.

    Temui lebih banyak

  • 2012 - Cabaran Oyster Perpetual Rolex Deepsea
    Ia menetapkan rekod untuk jam tangan menyelam yang paling dalam di dunia
  • Ia merupakan selaman manusia ke bahagian jurang terdalam pertama yang dikenali sebagai Challenger Deep sejak ekspedisi dua orang Trieste pada tahun 1960. Hanya satu penumpang yang telah menyertai kedua-dua pelayaran ini iaitu seutas jam tangan Rolex.

    James Cameron juga membawa jam tangan Deep Sea Special 1960 yang dihasilkan oleh Rolex bersama beliau di dalam kokpit sebagai penghormatan kepada perintis Trieste dan juga sebagai hubungan simbolik antara dua era eksplorasi ini.

Hubungi peruncit mengenai Sea-Dweller

Hanya Peruncit rasmi Rolex dibenarkan untuk menjual dan menyenggara Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal, mereka membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Kongsi halaman ini