Penyelam Bawah Laut

SEA-DWELLER

Semakin dalam

Setelah dilancarkan, Oyster Perpetual Sea-Dweller menyahut cabaran baharu: menyokong penyelam profesional yang meluangkan masa yang lama di bawah laut. Sejak itu, jam tangan ini telah mengiringi perkembangan selaman tepu dan memainkan peranan dalam beberapa kejayaan penerokaan laut dalam oleh manusia.

2017
Penyelam Bawah Laut

Pencapaian besar yang pertama

Rolex melancarkan Oyster Perpetual Submariner, jam tangan penyelam pertama jenama ini yang dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Jam ini juga membolehkan penyelam memantau masa mereka berada di bawah laut melalui bezel boleh putar bersenggat. Direka khusus untuk golongan profesional, Submariner menandakan permulaan hubungan Rolex dengan dunia selam.

Jam tangan penyelam Rolex yang pertama

1953

Lembaran baharu dunia selam

Misi bawah laut menjadi lebih kerap dan khusus. Selaman ‘tepu’ membolehkan penyelam kekal berada di laut dalam untuk tempoh yang lama. Para penyelam ditempatkan di dalam habitat bertekanan yang dipenuhi campuran gas pernafasan yang diperkaya dengan helium, yang menghasilkan semula keadaan tekanan persekitaran kerja mereka di laut dalam. Untuk kembali ke permukaan, mereka hanya memerlukan satu fasa penyahmampatan yang panjang dan rumit pada penghujung misi.

1960

Sea-Dweller

Jam tangan alat untuk golongan profesional

Bagi menyokong misi bawah laut yang panjang dan mengurus fasa penyahmampatan dengan lebih baik, Rolex pun melancarkan Sea-Dweller. Jam tangan ini yang kalis air hingga kedalaman 610 meter (2,000 kaki), direka khas untuk selaman tepu. Injap lepas helium berpaten akan melepaskan tekanan berlebihan yang terkumpul di dalam penutup semasa kembali ke permukaan.

Injap lepas helium untuk Sea-Dweller

1967

Misi Tektite

Dua misi telah dijalankan dalam program sains habitat bawah laut, Tektite, yang diketuai oleh NASA, Tentera Laut AS dan kerajaan AS.

Misi Tektite

Sea-Dweller telah diuji dalam keadaan dunia sebenar. Usaha ini telah menyokong eksperimen utama hidup di bawah laut jangka panjang yang pertama. Sylvia Earle, seorang ahli biologi marin dan bakal Testimoni Rolex, mengetuai pasukan yang terdiri daripada wanita sahaja dalam projek Tektite II.

Sylvia Earle

1969-1970

Putaran jam pusingan Triplock

Kekalisan air yang diperkuat

Rolex memperkenalkan inovasi teknikal utama: putaran jam pusingan Triplock dengan tiga pengedap kalis air. Sistem putaran jam ini dikenali dengan tiga simbol timbul di bawah lambang Rolex. Submariner dan Sea-Dweller merupakan jam tangan penyelam Rolex pertama yang menerapkan inovasi ini.

1970

Perkongsian dengan Comex

Perkongsian antara Rolex dengan Comex (Compagnie Maritime d’Expertises) dirasmikan apabila para penyelamnya dilengkapi jam tangan Rolex, terutamanya Sea-Dweller. Syarikat Perancis yang pakar dalam kejuruteraan, teknologi dan kerja-kerja bawah laut itu juga telah membangunkan kebuk simulasi hiperbarik yang digunakan untuk meningkatkan latihan bagi penyelidik oseanografi, juruterbang jet pejuang dan angkasawan.

1971

1972

1978 Sea-Dweller

Kedalaman baharu

Sea-Dweller kini dijamin kalis air hingga kedalaman 1,220 meter (4,000 kaki). Prestasi yang dipertingkatkan ini telah dicuba dan diuji di dalam kebuk hiperbarik yang dibangunkan dengan kerjasama Comex.

1978

Hydra VIII, rekod di laut lepas

Hydra VIII, rekod di laut lepas

Comex telah menganjurkan ekspedisi Hydra VIII, dengan enam penyelam yang dilengkapi jam tangan Sea-Dweller di dalam kebuk hiperbarik turun ke perairan Mediterranean. Pada kedalaman 534 meter (1,750 kaki), mereka meninggalkan habitat bertekanan itu dan berjaya menyambungkan dua bahagian saluran paip. Rekod selaman perairan terbuka ini masih tidak dipecahkan sehingga kini.

1988

Hydra X

Hydra X, rekod dalam simulasi selaman

Dalam program Hydra X, Théo Mavrostomos menjadi orang pertama yang mencapai kedalaman 701 meter (2,300 kaki) dalam simulasi selaman di dalam kebuk hiperbarik – satu rekod yang masih bertahan sehingga kini. Sepanjang misi selama 43 hari, penyelam Comex itu memakai Sea-Dweller.

1992

Permulaan Misi Biru

Demi membendung kemerosotan lautan dunia yang meruncing, Sylvia Earle mengasaskan Misi Biru untuk membangunkan rangkaian kawasan perlindungan marin di seluruh lautan dunia. Rolex telah menyokong misi ini sejak tahun 2014.

Temui lebih lanjut

2009

2017 Sea-Dweller

Sea‑Dweller generasi baharu

Sempena ulang tahun ke-50 jam tangan itu, Rolex telah mengubah suai dan mempertingkatkan Sea‑Dweller. Penutup berdiameter 40 mm telah ditingkatkan kepada 43 mm, maka permukaan lebih lebar dan meningkatkan lagi keterbacaan. Inilah jam tangan Profesional pertama Rolex yang menampilkan kaliber 3235, iaitu gerakan berprestasi tinggi. Kanta Siklops ditambahkan pada kristal nilam, yang memudahkan lagi pembacaan tarikh.

Selain itu, permukaan menampilkan nama ‘Sea‑Dweller’ berwarna merah, rujukan kepada model yang pertama tahun 1967.

2017