Kepakaran membuat jam tangan
Oyster Story
Perihal Rolex
Bahasa yang tersedia
di Amerika Syarikat
Pilih
rantau lain
Anda kini berada di Amerika Syarikat.
Anda boleh melihat laman web ini di negara lain dengan membuat pilihan di bawah.
SEA-DWELLER
Semakin dalamSetelah dilancarkan, Oyster Perpetual Sea-Dweller menyahut cabaran baharu: menyokong penyelam profesional yang meluangkan masa yang lama di bawah laut. Sejak itu, jam tangan ini telah mengiringi perkembangan selaman tepu dan memainkan peranan dalam beberapa kejayaan penerokaan laut dalam oleh manusia.
Rolex melancarkan Oyster Perpetual Submariner, jam tangan penyelam pertama jenama ini yang dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Jam ini juga membolehkan penyelam memantau masa mereka berada di bawah laut melalui bezel boleh putar bersenggat. Direka khusus untuk golongan profesional, Submariner menandakan permulaan hubungan Rolex dengan dunia selam.
Misi bawah laut menjadi lebih kerap dan khusus. Selaman ‘tepu’ membolehkan penyelam kekal berada di laut dalam untuk tempoh yang lama. Para penyelam ditempatkan di dalam habitat bertekanan yang dipenuhi campuran gas pernafasan yang diperkaya dengan helium, yang menghasilkan semula keadaan tekanan persekitaran kerja mereka di laut dalam. Untuk kembali ke permukaan, mereka hanya memerlukan satu fasa penyahmampatan yang panjang dan rumit pada penghujung misi.
Bagi menyokong misi bawah laut yang panjang dan mengurus fasa penyahmampatan dengan lebih baik, Rolex pun melancarkan Sea-Dweller. Jam tangan ini yang kalis air hingga kedalaman 610 meter (2,000 kaki), direka khas untuk selaman tepu. Injap lepas helium berpaten akan melepaskan tekanan berlebihan yang terkumpul di dalam penutup semasa kembali ke permukaan.
Dua misi telah dijalankan dalam program sains habitat bawah laut, Tektite, yang diketuai oleh NASA, Tentera Laut AS dan kerajaan AS.
Sea-Dweller telah diuji dalam keadaan dunia sebenar. Usaha ini telah menyokong eksperimen utama hidup di bawah laut jangka panjang yang pertama. Sylvia Earle, seorang ahli biologi marin dan bakal Testimoni Rolex, mengetuai pasukan yang terdiri daripada wanita sahaja dalam projek Tektite II.
Rolex memperkenalkan inovasi teknikal utama: putaran jam pusingan Triplock dengan tiga pengedap kalis air. Sistem putaran jam ini dikenali dengan tiga simbol timbul di bawah lambang Rolex. Submariner dan Sea-Dweller merupakan jam tangan penyelam Rolex pertama yang menerapkan inovasi ini.
Perkongsian antara Rolex dengan Comex (Compagnie Maritime d’Expertises) dirasmikan apabila para penyelamnya dilengkapi jam tangan Rolex, terutamanya Sea-Dweller. Syarikat Perancis yang pakar dalam kejuruteraan, teknologi dan kerja-kerja bawah laut itu juga telah membangunkan kebuk simulasi hiperbarik yang digunakan untuk meningkatkan latihan bagi penyelidik oseanografi, juruterbang jet pejuang dan angkasawan.
Sea-Dweller kini dijamin kalis air hingga kedalaman 1,220 meter (4,000 kaki). Prestasi yang dipertingkatkan ini telah dicuba dan diuji di dalam kebuk hiperbarik yang dibangunkan dengan kerjasama Comex.
Comex telah menganjurkan ekspedisi Hydra VIII, dengan enam penyelam yang dilengkapi jam tangan Sea-Dweller di dalam kebuk hiperbarik turun ke perairan Mediterranean. Pada kedalaman 534 meter (1,750 kaki), mereka meninggalkan habitat bertekanan itu dan berjaya menyambungkan dua bahagian saluran paip. Rekod selaman perairan terbuka ini masih tidak dipecahkan sehingga kini.
Dalam program Hydra X, Théo Mavrostomos menjadi orang pertama yang mencapai kedalaman 701 meter (2,300 kaki) dalam simulasi selaman di dalam kebuk hiperbarik – satu rekod yang masih bertahan sehingga kini. Sepanjang misi selama 43 hari, penyelam Comex itu memakai Sea-Dweller.
Demi membendung kemerosotan lautan dunia yang meruncing, Sylvia Earle mengasaskan Misi Biru untuk membangunkan rangkaian kawasan perlindungan marin di seluruh lautan dunia. Rolex telah menyokong misi ini sejak tahun 2014.
Temui lebih lanjutSempena ulang tahun ke-50 jam tangan itu, Rolex telah mengubah suai dan mempertingkatkan Sea‑Dweller. Penutup berdiameter 40 mm telah ditingkatkan kepada 43 mm, maka permukaan lebih lebar dan meningkatkan lagi keterbacaan. Inilah jam tangan Profesional pertama Rolex yang menampilkan kaliber 3235, iaitu gerakan berprestasi tinggi. Kanta Siklops ditambahkan pada kristal nilam, yang memudahkan lagi pembacaan tarikh.
Selain itu, permukaan menampilkan nama ‘Sea‑Dweller’ berwarna merah, rujukan kepada model yang pertama tahun 1967.