Bertahan, menempuh angin dan cuaca
Menetapkan trajektori. Tetap pada haluan. Juara di atas dan di luar air.
Menggabungkan fungsi dan gaya nautika secara elegan pada tahun 1992, Oyster Perpetual Yacht-Master telah menonjolkan prestasi melebihi fungsi profesional.
Memburu prestasi
Alat pengira masa yang dipercayai di atas air, Yacht-Master mengiringi pencapaian pelayar kompetitif terhebat. Sekutu terunggul bagi mereka yang merancang laluan menuju kemenangan.
Martine Grael Sir Ben Ainslie Hannah Mills Tom Slingsby
Jam tangan alat mewah
Terdapat dalam tiga saiz – diameter 37, 40 dan 42 mm – Yacht-Master ialah jam tangan alat yang ditawarkan dalam pelbagai bahan: aloi emas, gabungan keluli dan emas atau platinum, dan titanium RLX.
Selanjutnya
Keunggulan seri
Ini ialah Rolesium kami, diperkenalkan pada Yacht-Master pada tahun 1999. Istilah tersendiri ini merujuk kepada gabungan unik antara penutup dan rantai Oystersteel, dipadankan dengan elemen platinum.
Regata berprestij
Persembahan lumba layar terulung. Diadakan di kawasan pelayaran berhampiran dengan pantai, regata terhebat dapat disaksikan oleh penonton merentas semua benua.
Beban yang tidak dirasai
Ini ialah titanium RLX, aloi yang kami gunakan kerana kekuatan dan keringanan elemen ini. Ia ialah jenis titanium gred 5 istimewa yang kami pilih dengan teliti.
Meluncur ke arah kejayaan
Sama ada mengejar kelajuan dalam regata pantai atau mempamerkan daya tahan dalam perlumbaan luar pesisir, kapal layar memerlukan ketepatan terunggul pada setiap masa.
Keteguhan dalam fleksibiliti
Ini ialah rantai Oysterflex kami yang terkenal, yang diperkenalkan pada tahun 2015 pada jam Yacht-Master 37. Sifat ketahanan yang tidak tergugat ialah hasil daripada dua bilah logam yang mudah dilentur, dilitupi elastomer berprestasi tinggi: satu inovasi yang direka bentuk untuk menangani kekangan khusus pada sesetengah jam tangan Profesional kami.
Rolex SailGP Championship
Membina masa hadapan lumba layar. Katamaran ultraringan yang anggun. Perlumbaan mendebarkan yang menyajikan pengalaman unik yang mengasyikkan untuk penonton di lima benua.