Yacht‑Master dan Yacht‑Master II
Menaklukkan laut lepasTernyata, usaha untuk memburu ketepatan dan prestasi telah mengeratkan pakatan yang istimewa antara Rolex dengan dunia pelayaran. Pembuatan terus berinovasi selama bertahun-tahun, berpaksikan cita-cita yang utuh untuk menghasilkan jam tangan yang dipercayai, tepat dan teguh. Oyster Perpetual Yacht‑Master dan Oyster Perpetual Yacht‑Master II mewakili peristiwa penting dalam sejarah yang kaya ini.
Sesuai untuk kronometer marin
Kepentingan memburu ketepatan
Pada era ini, kronometer marin yang besar dianggap sebagai instrumen horologi yang paling tepat di dunia. Alat-alat penting ini yang digunakan oleh pelayar untuk menentukan kedudukan mereka di laut telah diperakui oleh balai cerap astronomi. Pada tahun 1914, pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, meminta satu daripada jam tangan Rolex diuji oleh Balai Cerap Kew di Great Britain, yang menganugerahkan sijil ketepatan kronometri kepada jam tangan tersebut: yang pertama dalam dunia pembuatan jam tangan.
1914
Penutup kalis air yang pertama
Rolex telah merevolusikan industri pembuatan jam tangan menerusi Oyster, jam tangan pertama yang kalis air dan habuk sepenuhnya. Satu pencapaian yang tercapai lantaran seni bina penutup inovatif, yang terdiri daripada bezel yang diskrukan, penutup belakang dan putaran jam pusingan.
1926
Perkongsian asal
Rolex membentuk pakatan dengan Kelab Kapal Layar New York, pengasas Piala Amerika yang terkenal. Kemudian, Rolex menjalinkan hubungan dengan kelab-kelab kapal layar berprestij di seluruh dunia dan menjadi rakan kongsi dalam acara pelayaran utama – perlumbaan luar pesisir dan regata pantai – yang dianjurkan oleh kelab-kelab ini.
1958
Pelayaran mengelilingi dunia
Selepas 226 hari di laut dan menempuh jarak kira-kira 25,700 batu nautika (47,600 km) – dengan hanya satu persinggahan di Sydney, Australia – Sir Francis Chichester menjadi pelayar pertama yang mengelilingi dunia seorang diri dari barat ke timur. Beliau menjalankan ekspedisi ini dengan memakai Oyster Perpetual.
Semasa belayar mengelilingi dunia di atas Gipsy Moth IV, jam tangan Rolex saya telah terlepas daripada pergelangan tangan beberapa kali tanpa sebarang kerosakan. Saya tidak dapat membayangkan jam tangan yang lebih keras daripada ini.
1967
Acara untuk pelayar terkemuka
Kru terbaik dunia. Antara pertandingan tertua dalam kalendar nautika. Perlumbaan dengan jarak antara 15 hingga 35 batu nautika (28 hingga 65 km) berlatarkan perairan biru zamrud Porto Cervo di Sardinia. Piala Kapal Layar Maxi Rolex merupakan acara tahunan utama untuk kapal layar melebihi 60 kaki (18.30 meter) panjang.
Temui lebih lanjut1985
Pelancaran Yacht-Master
Direka khusus untuk pelayar, Yacht-Master membawa banyak warisan yang telah mengikat Rolex dengan dunia pelayaran sejak tahun 1950-an. Jam tangan yang anggun ini menyatukan kefungsian dan gaya nautika yang sempurna, yang sama unggul di dalam mahupun di luar air.
1992
Gabungan platinum dan keluli
Rolex memperkenalkan jam tangan pertama dalam versi Rolesium: Model-model Yacht‑Master dalam diameter yang berbeza. Paduan platinum dan keluli pada penutup dan rantai jam tangan ini mengikuti konsep yang sama seperti Rolesor, iaitu gabungan aloi berharga dengan keluli pada jam tangan Rolex.
1999
Rolex, rakan kongsi Pelayaran Dunia
Rolex telah memeterai kerjasama dengan Pelayaran Dunia, badan pentadbir antarabangsa sukan itu. Setiap bulan November, mereka bersama-sama membawakan anugerah tertinggi yang boleh diterima oleh seorang pelayar. Anugerah Pelayar Tahunan Dunia Rolex mengiktiraf pencapaian seorang wanita dan seorang lelaki yang mempamerkan prestasi cemerlang pada musim lalu.
2001
Laut selatan yang mencabar
Rolex menjadi Penaja Perdana Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart Rolex. Pertama kali diadakan pada tahun 1945, perlumbaan luar pesisir ini menarik lebih 100 kapal layar setiap tahun, mengharungi laluan sejauh 628 batu nautika (1,163 km) dari Pelabuhan Sydney ke ibu kota Tasmania, Hobart. Di sepanjang laluan yang mencabar, kru menghadapi keadaan cuaca yang tidak dapat diramalkan dan selalunya tanpa henti.
Temui lebih lanjut2002
Pelancaran Yacht-Master II
Dengan kira detik boleh atur cara, Yacht-Master II direka khusus untuk digunakan semasa permulaan regata. Kira detik pada jam tangan ini telah diatur cara melalui bezel boleh putar yang berinteraksi dengan sistem Ring Command.
2007
Amat selesa di pergelangan tangan
Yacht-Master merupakan jam tangan Rolex pertama yang dilengkapi rantai Oysterflex. Rantai yang amat sesuai untuk kelasakan pelayaran ini menggabungkan keteguhan dan kebolehpercayaan rantai logam dengan kelenturan dan keselesaan tali elastomer.
2015
Nafas baharu dalam pelayaran
Rolex SailGP Championship, dengan Rolex sebagai Rakan Kongsi Perdana dan Jam Tangan Rasmi, menggabungkan katamaran ultraringan, perlumbaan menakjubkan di lautan merentasi lima benua dan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Dilancarkan pada tahun 2019, pertandingan ini telah merevolusikan sukan lumba layar dan memacu masa hadapan sukan tersebut.
Temui lebih lanjut2019
Unggul, teguh dan ringan
Rolex melancarkan versi baharu Yacht-Master 42, yang diperbuat daripada titanium RLX, bahan berprestasi tinggi yang ringan, teguh dan tahan kakisan. Pelayar terkenal dunia, Sir Ben Ainslie, telah menguji kualiti jam tangan ini dalam keadaan sebenar sebelum dilancarkan.
Yacht-Master 42 ini yang merupakan jam tangan nautika yang luar biasa, juga merupakan bukti komitmen padu Rolex terhadap lumba layar.
2023
Pelancaran Yacht-Master II generasi baharu
Anggun, ringkas, dimodenkan dan dengan keterbacaan yang dipertingkatkan, kronograf regata oleh Rolex kembali dengan Yacht-Master II generasi baharu. Fungsi kira detik boleh atur cara jam tangan nautika ini – menggabungkan ingatan mekanik dan penyelarasan pantas – telah direka bentuk semula sepenuhnya agar lebih mudah digunakan dan membantu pelayar dengan lebih berkesan semasa turutan permulaan perlumbaan yang penting.