Explorer

Kualiti penting

Explorer

Explorer adalah antara jam tangan Profesional Rolex yang pertama. Mudah dibaca, tepat dan tahan. Itulah ciri penting yang membolehkan model ini menemani insan yang menembusi batasan penerokaan.

Rantai Oyster
Penutup Oyster

Penutup Oyster
Penjaga yang kalis air

Diperkenalkan oleh Rolex pada tahun 1926 dan dipatenkan, penutup Oyster ialah satu pencapaian besar dalam sejarah pembuatan jam tangan moden. Kerana adanya sistem yang menskrukan bezel, penutup belakang dan putaran jam pada penutup tengah, ini ialah penutup jam tangan kalis air yang pertama di dunia.

Dilengkapi dengan penutup tengah daripada Oystersteel yang menjalani pemesinan di bengkel Rolex, Explorer dijamin kalis air hingga 100 meter (330 kaki), lantaran ujian ketat yang dijalankan sebagai sebahagian daripada pensijilan Kronometer Superlatif.

Penutup Oyster yang menjadi lambang keteguhan dan kekalisan air turut menyerlah kerana keanggunan yang seimbang sekali dari segi bentuk dan fungsi.

Paparan angka 3, 6, 9 dan Chromalight
Permukaan yang tersendiri

Bagi mereka yang mengharungi cabaran alam, alat yang boleh dibaca serta-merta adalah penting. Kontras antara permukaan hitam yang tersendiri dengan angka 3, 6 dan 9 serta paparan Chromalight yang ketara pada Explorer menjamin keterbacaan yang optimum dalam semua keadaan.

Bahan pendarkilau yang disadur pada angka, penanda jam dan jarum bersinar putih terang pada waktu siang dan memancarkan cahaya biru pekat dalam keadaan gelap. Eksklusif untuk Rolex dan diperkenalkan pada tahun 2008, paparan Chromalight telah dioptimumkan pada tahun 2021 dengan penggunaan bahan baharu yang memancarkan cahaya biru yang tahan lebih lama dan rona putih yang lebih cerah pada waktu siang. Prestasi bahan pendarkilau ini ternyata melebihi standard yang diperlukan dalam proses pembuatan jam yang biasa.

Bahan ini terhasil daripada proses pembuatan yang kompleks dengan membakar serbuk yang amat halus – terdiri daripada pelbagai oksida logam – pada suhu tinggi dan kemudian dicampurkan dengan cecair resin. Jarum, angka dan penanda jam sama ada disalut atau diisi dengan bahan itu menggunakan tangan. Operasi ini memerlukan ketepatan yang tinggi untuk mencampurkan dos kuantiti bahan dengan sempurna dan mendapatkan hasil yang seragam yang memenuhi kriteria kecemerlangan Rolex.

Putaran jam Twinlock

Oystersteel
Aloi eksklusif

Explorer 36 dan Explorer 40 boleh didapati dalam Oystersteel, iaitu aloi eksklusif yang tergolong dalam keluarga keluli 904L yang sering digunakan dalam persekitaran teknologi tinggi seperti industri ruang angkasa dan kimia.

Pada tahun 1985, Rolex menjadi jenama pembuatan jam pertama yang menggunakan blok keluli 904L padu untuk penutup tertentu.

Oystersteel sangat tahan terhadap kakisan dan memancarkan sinaran unik yang mengekalkan kilauan walaupun dipakai dalam persekitaran ekstrem.

Rolesor kuning
Paduan sempurna

Sejak tahun 2021, Explorer 36 juga boleh didapati dalam versi Rolesor kuning. Selama hampir satu abad, emas dan keluli telah digabungkan di Rolex yang menyaksikan kehalusan bertemu dengan keteguhan.

Dicipta pada awal 1930-an, Rolesor adalah eksklusif untuk jam tangan Rolex dalam koleksi Oyster Perpetual. Konsepnya mudah: bezel, putaran jam dan penghubung bahagian tengah rantai tengah diperbuat daripada emas kuning atau Everose, manakala penutup tengah dan penghubung luar rantai diperbuat daripada Oystersteel. Pada model Rolesor putih pula, bezel diperbuat daripada emas putih. Gabungan unik ini ialah ciri unik jenama.

Putaran jam Twinlock
Sistem kekalisan air ganda dua

Putaran jam Twinlock yang dilancarkan pada tahun 1953 mempunyai dua zon kalis air. Bahagian ini terdiri daripada kira-kira 10 komponen yang diperbuat daripada bahan yang dipilih secara teliti berdasarkan kualiti semula jadi seperti polimer untuk pengedap kalis air, Oystersteel dan emas 18 karat.

Putaran jam Twinlock yang diskrukan secara kedap pada penutup Oyster ialah komponen penting yang memberi Explorer kekalisan air sepenuhnya hingga kedalaman 100 meter (330 kaki).

Pada jam tangan Rolex, sistem Twinlock dikenal pasti dengan satu titik, dua titik atau garisan pada permukaan putaran jam, bergantung pada bahannya.

Putaran jam Twinlock
Explorer

Rantai Oyster dan pengancing Oysterlock
Bentuk dan fungsi yang harmoni

Dibangunkan pada akhir 1930-an, rantai Oyster ialah rantai logam asal bagi koleksi Oyster Perpetual. Dengan deretan pautan tiga keping, rantai ini menggabungkan keselesaan, keanggunan dan keteguhan.

Pada jam tangan Explorer, rantai ini dilengkapi dengan pengancing keselamatan lipat Oysterlock untuk mengelak daripada terbuka.

Rantai Oyster ini juga dilengkapi dengan sistem sambungan cepat Easylink yang disepadukan ke dalam pengancing. Sistem ini membolehkan panjang rantai dilaraskan dengan mudah sebanyak kira-kira 5 mm dengan membuka dan mengancing pautan supaya lebih selesa.

Oysterlock

Kaliber 3230
Gerakan berprestasi tinggi

Dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif, Explorer 36 dan Explorer 40 dilengkapi dengan kaliber 3230. Gerakan mekanikal automatik melalui rotor Perpetual ini dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex.

Kaliber 3230 yang diperkenalkan pada tahun 2020 menggabungkan pegas rambut Parachrom biru. Tahan terhadap kejutan dan medan magnet yang kuat, pegas rambut juga sangat stabil apabila terdedah kepada turun naik suhu. Gerakan ini juga menampilkan bolosan Chronergy yang dipatenkan: mekanisme yang diperbuat daripada aloi nikel-fosforus yang juga tidak sensitif terhadap gangguan magnet.

Pengayun gerakan mempunyai roda imbang besar dengan inersia berubah-ubah, dikawal dengan tepat melalui nat Microstella emas dan dipasang pada penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi.

Sebagai tanda kehebatan teknologi, kaliber 3230 mempunyai beberapa paten. Kaliber ini menjamin prestasi cemerlang, terutamanya dari segi ketepatan kronometri (variasi kadar -2/+2 saat sehari), serta autonomi (kira-kira 70 jam), rintangan kejutan, kemudahan penggunaan dan kebolehpercayaan.

Kaliber 3230