Dicipta berikutan pendakian Everest yang bersejarah pada tahun 1953, Oyster Perpetual Explorer mengiringi para lelaki dan wanita yang melihat setiap cabaran sebagai ujian yang mendebarkan. Biar apa pun bahaya yang mesti dihadapi, Explorer sentiasa menjadi keperluan kerana menawarkan ketepatan kronometri yang terbaik walaupun dalam keadaan yang paling ekstrem. Teguh dan mudah dibaca, inilah peneman setia bagi sesiapa sahaja yang ingin menghadapi cabaran alam dan mengatasi kemungkinan.
Berbekalkan latihan dan fokus, anda mampu melepasi keupayaan diri jauh daripada yang anda sangka.
Sir Edmund Hillary
Di puncak dunia
Pada 29 Mei 1953, Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay melakar sejarah yang belum pernah dicapai oleh manusia sebelum ini: menawan puncak tertinggi di bumi.
Didorong oleh keazaman yang tinggi dan stamina yang padu, mereka ialah orang pertama yang menyaksikan Himalaya dari puncak Gunung Everest, pada ketinggian 8,848 meter (29,029 kaki).
Ekspedisi ini dilengkapi dengan kronometer Oyster Perpetual. Lewat tahun itu, Rolex melancarkan salah satu jam tangan Profesional pertama: Explorer.
Salah satu jam tangan Profesional pertama Rolex.
Makmal hidup
Sejak tahun 1930-an, Rolex telah menyempurnakan banyak ekspedisi. Pendekatan rintis ini membolehkan jenama ini sentiasa menambah baik jam tangan menerusi pendedahan kepada keadaan sebenar.
Menerusi Explorer, Rolex menyahut cabaran untuk mengiringi penjelajah ekstrem dengan mereka bentuk jam tangan yang mampu menahan kelembapan yang tinggi serta suhu yang terlampau panas dan sejuk, seperti yang terdapat di puncak tertinggi. Pelancaran model ini ialah hasil pertukaran maklumat yang berterusan antara pengeluar ini dengan para penjelajah yang pulang dari ekspedisi mereka.
Pendamping yang sentiasa ditambah baik
Selain ketahanan dan kebolehpercayaan, salah satu kualiti utama Explorer ialah kebolehbacaan yang amat baik menerusi permukaan hitam dengan angka 3, 6 dan 9.
Dengan mengekalkan reka bentuk asal, Explorer kini boleh didapati dalam dua saiz: diameter 36 mm, sama dengan model asal atau dalam versi 40 mm. Pada tahun 2021, permukaan Explorer dan Explorer II, adalah yang pertama menggunakan paparan Chromalight yang dipertingkat.
Dari masa ke masa, Explorer memanfaatkan kemajuan teknikal yang diterapkan ke dalam gerakan jam tangan Rolex, termasuk pegas rambut Parachrom, bolosan Chronergy dan penyerap kejutan Paraflex.
Explorer ialah peneman yang boleh dipercayai, teguh dan amat diperlukan untuk para penjelajah.