Jenson Button

Jenson Button

Rekod prestasi luar biasa

Kerjaya perlumbaan Jenson Button diwarnai dengan kemahiran, konsistensi dan semangat kesukanannya. Sumbangannya terhadap sukan permotoran melampaui pencapaiannya di trek apabila beliau terus memberikan inspirasi kepada generasi pemandu masa hadapan.

Kata-kata Jenson Button

Seronok apabila memenangi perlumbaan tetapi perasaan memenangi kejohanan dunia begitu berbeza. Perasaan itu kekal bersama anda selama-lamanya. Seronok melihat sukan ini berkembang sejak saya bertanding.

Jenson Button

Pemandu berkarisma

Jenson Button, seorang pemandu lumba kereta British, mencapai pengiktirafan global dengan memenangi Kejohanan Dunia Pemandu Formula 1® FIA 2009.

Sejak bersara daripada Formula 1®, beliau terus terlibat dalam sukan permotoran tetapi beralih kepada perlumbaan ketahanan.

Jenson Button memandu
Trofi Jenson Button

Mencapai kejayaan peringkat tertinggi

Perjalanan Jenson Button dalam sukan permotoran bermula apabila beliau mengenali go-kart, dan tidak lama kemudian menceburi kategori perlumbaan junior, lalu menyertai Formula 1® menjelang 2000 bersama pasukan Williams.

Selama bertahun-tahun, Button membina reputasi kebolehsuaian dan daya tahannya yang memuncak dalam siri kemenangan kejohanan bersama Brawn GP. Kerjayanya juga termasuk kejayaan bersama McLaren, apabila beliau terus bersaing pada peringkat tertinggi. Button menjadi salah seorang pemandu sukan permotoran yang paling berkarisma dan berjaya. Kerjayanya membuktikan ketabahan, kebolehsuaian dan bakat perlumbaan sejati.

Sejak bersara daripada Formula 1®, Button menggunakan kemahirannya untuk perlumbaan ketahanan dan klasik. Setelah bertanding dalam 24 Jam di Le Mans dan Rolex 24 Di DAYTONA beberapa kali, beliau bertanding dalam musim penuh pertamanya dalam Kejohanan Ketahanan Dunia untuk Hertz Team Jota pada 2024. Langkah itu memberikan cabaran yang unik kerana kelajuan dan kebolehpercayaan kereta amat penting serta menuntut stamina pemandu dan pasukan semasa perlumbaan yang sangat getir. Gabungan tumpuan, kekuatan mental dan kemahiran yang diperlukan dalam perlumbaan ketahanan amat tinggi sekali.

Sebagai seorang yang meminati kereta klasik, Button kerap mengambil bahagian dalam Goodwood Revival, salah satu pertemuan lumba kereta bersejarah paling popular dan terbesar di dunia. Ini ialah satu-satunya acara seumpamanya yang dipentaskan sepenuhnya mengikut suasana 1940-an, 1950-an dan 1960-an.

Jenson Button menjadi Testimoni Rolex pada 2022.

Teruskan meneroka