Rolex dan Hollywood
Pada tahun 2017, terdapat dua acara penting yang dapat mengukuhkan lagi hubungan lestari antara Rolex dengan industri filem. Pertama sekali, pengarah Martin Scorsese telah menyertai James Cameron sebagai Testimoni Rolex. Pada tahun yang sama, Rolex telah memeterai perkongsian dengan kuasa tertinggi industri filem, iaitu Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar. Rolex menjadi Jam Tangan Eksklusif Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar, Penaja Bangga Oscars®, serta Penaja Eksklusif Anugerah Gabenor. Rolex turut menjadi Penyokong Pengasas dan Jam Tangan Rasmi untuk Muzium Wayang Gambar Akademi yang telah dibuka di Los Angeles pada bulan September 2021.
Pada 2024, Rolex mula menyokong Student Academy Awards dan Academy100, yang diwujudkan untuk mengembangkan skop institusi itu di seluruh dunia dengan membiayai program yang menganjurkan pameran filem bertaraf dunia, penghasilan kandungan digital dan latihan artis filem global yang pelbagai.
Rolex menggalakkan kecemerlangan, pendidikan, pemeliharaan seni dan kemunculan bakat baharu dengan sewajarnya. Misi Akademi adalah untuk meraikan semua aspek industri perfileman, memelihara legasi demi generasi masa hadapan, mencetuskan imaginasi di samping menghubungkan penonton global melalui minat mereka terhadap pawagam. Oleh itu, gabungan nilai antara Rolex dengan Akademi yang ditekankan melalui perkongsian jangka panjang ini.
Pada tahun 2024 juga, Sekolah Filem dan Televisyen Kebangsaan terkemuka dunia di United Kingdom telah ditambahkan pada senarai institusi yang disokong oleh Rolex untuk mempromosikan pendidikan seni; dan pembuat filem China yang terkenal Jia Zhang-Ke dan pelakon pemenang Oscar® Leonardo DiCaprio menyertai keluarga Testimoni Rolex.