Bentuk seni moden
Rolex menyokong pawagam, dari peringkat awal penciptaan hingga detik kemuncak. Pawagam ialah sebuah pengembaraan. Perjalanan yang dipenuhi cabaran yang perlu diatasi dengan semangat dan ketabahan. Setiap filem ialah pencapaian yang mengilhami dunia. Sementara jam tangan memainkan peranan tersendiri pada pergelangan tangan insan legenda, Rolex bekerjasama dengan institusi terkemuka dan tokoh terulung. Bersama-sama, mereka meraikan kecemerlangan, memartabatkan legasi budaya dan memupuk bakat yang kian meningkat naik yang akan mencapai tahap tertinggi pada masa hadapan.
Perkongsian berpandangan jauh
Kerjasama Rolex dalam pawagam meraikan institusi yang mengilhamkan legasi budaya kita; dizahirkan melalui hubungan rapat dengan Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak sebagai Penaja Bangga Oscars®.
Anugerah Gabenor
Diasaskan pada tahun 2009, Anugerah Gabenor menyediakan suasana khusus untuk memberikan penghormatan kepada individu yang impaknya melampaui satu filem atau persembahan sahaja.
Akademi Muzium Gambar Bergerak
Dirasmikan pada September 2021 di Los Angeles, Akademi Muzium Gambar Bergerak merupakan institusi terunggul dunia yang dikhaskan untuk meraikan dan memelihara pawagam.
Meraikan kecemerlangan dalam perfileman
Dalam usaha menyokong institusi yang komited untuk menyemarakkan pawagam, Rolex memperjuangkan festival filem berprestij di seluruh dunia yang mengiktiraf pencapaian seni yang cemerlang.
Festival Filem Antarabangsa Pingyao Film at Lincoln Center Anugerah Penghormatan TIFF
Institusi terkemuka
Rolex berdedikasi untuk meraikan institusi terkenal yang memperjuangkan artis-artis yang luar biasa, membentuk masa depan pawagam dan memelihara filem sebagai bentuk seni yang penting untuk generasi akan datang.
Anugerah Akademi Pelajar
Anugerah Akademi Pelajar menyediakan platform untuk bakat global yang baru muncul dengan mewujudkan peluang dalam industri untuk mengetengahkan karya mereka.
Temui lebih lanjut