Rolex dan Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar: perkongsian bersejarah yang terserlah oleh kecemerlangan
Pada tahun 2017, Rolex telah menjadi rakan kongsi kepada kuasa tertinggi industri perfileman, iaitu Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar. Entiti ini bersatu atas dasar kepercayaan sepakat bagi mencapai kecemerlangan, menggalakkan bakat baharu, memupuk kemajuan dan kepentingan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi masa hadapan.
Rolex menjadi Jam Tangan Eksklusif Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar, Penaja Bangga Oscars®, serta Penaja Eksklusif Anugerah Gabenor. Rolex turut menjadi Penyokong Pengasas dan Jam Tangan Rasmi untuk Muzium Wayang Gambar Akademi yang telah dibuka di Los Angeles pada bulan September 2021.