Rolex dan pawagam
Melalui Inisiatif Keabadian Seni, Rolex meraikan kecemerlangan dalam pawagam, menjunjung legasi budaya dan memupuk bakat yang kian meningkat naik. Jenama ini menggalakkan kemajuan dengan mengiringi legenda yang masih hidup serta bakat muda melalui Testimoni, termasuk Zendaya, Leonardo DiCaprio, Martin Scorsese, James Cameron dan Jia Zhang-Ke.
Melalui kerjasama yang telah lama terjalin dengan institusi penting seperti Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak, Yayasan Filem Martin Scorsese dan Sekolah Filem dan Televisyen Kebangsaan UK, jenama ini menyokong seni sinematik dan menggalakkan penyampaian pengetahuan merentas generasi.
Berganding bahu mengukir sejarah
Pada tahun 1926, pengasas Rolex iaitu Hans Wilsdorf, telah mencipta seutas jam tangan kalis air revolusioner yang menjadi bualan hangat iaitu Oyster. Beberapa bulan kemudian, para penonton mulai terpikat dengan The Jazz Singer, sebuah filem gambar bergerak yang pertama. Kedua-dua detik bersejarah ini menandakan bermulanya pembikinan filem dan pembuatan jam tangan moden.
Pada tahun 1931, Rolex mencapai satu lagi kejayaan unggul dengan Oyster, mekanisme automatik dengan rotor bebas, dinamakan rotor Perpetual. Manakala, pawagam menyaksikan penampilan utama jenama tersebut pada layar perak.
Sejak itu, Rolex dan pawagam sentiasa digandingkan bersama saban waktu. Kini, kedua-duanya memiliki matlamat yang sama untuk mengejar kecemerlangan, inovasi dan kemajuan sebagai pencetus aspirasi terunggul.
Rolex dalam dan luar skrin
Saban dekad, semakin ramai artis yang memakai Rolex dalam lakonan. Sebagai jam tangan pilihan, karisma dan bakat para pelakon hebat dan pengarah itu sendiri terserlah pada jam tangan mereka. Selepas menjadi bintang jemputan pada pergelangan tangan mereka dalam dan luar skrin, Rolex bakal menjadi sebahagian daripada watak utama.
Apakah yang diceritakan oleh jam tangan Rolex yang berbeza tentang watak-watak yang memakainya?
Satu jam tangan, satu watak
Jam tangan Rolex memperkaya identiti watak yang memakainya dengan perlambangan yang hebat. Apabila seorang pelakon memilih untuk memakai jam tangan Rolex, kehadiran jam tangan itu di pergelangan tangan mereka memberi watak itu kemungkinan sejarah, masa lalu dan takdir. Lantaran jam tangan ini dan kehadiran pada skrin, Rolex tidak dapat dipisahkan daripada dunia perfileman.
Rolex berhasrat untuk meraikan dan menyokong mereka yang berada di puncak disiplin mereka, menjunjung legasi budaya dan memupuk bakat yang kian meningkat naik yang bakal menggapai puncak pada masa hadapan.
Rolex dan Hollywood
Pada tahun 2017, terdapat dua acara penting yang dapat mengukuhkan lagi hubungan yang panjang antara Rolex dengan industri filem. Pertama sekali, pengarah Martin Scorsese telah menyertai James Cameron sebagai Testimoni Rolex. Pada tahun yang sama, Rolex telah memeterai perkongsian dengan badan tertinggi industri filem, iaitu menjadi Jam Tangan Eksklusif bagi Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak. Rolex juga menjadi Penaja Bangga Oscars® dan pada tahun 2018, Penaja Eksklusif Anugerah Gabenor. Rolex menjadi Penyokong Pengasas dan Jam Tangan Rasmi untuk Akademi Muzium Gambar Bergerak yang telah dibuka di Los Angeles pada bulan September 2021.
Pada 2024, Rolex mula menyokong Anugerah Akademi Pelajar dan Academy100, yang diwujudkan untuk mengembangkan skop institusi itu di seluruh dunia dengan membiayai program yang merangkumi penganjuran pameran filem bertaraf dunia, penghasilan kandungan digital dan latihan artis filem global yang pelbagai.
Misi Akademi adalah untuk mengiktiraf semua aspek industri perfileman, memelihara legasi demi generasi masa hadapan, mencetuskan imaginasi di samping menghubungkan penonton global melalui minat mereka terhadap pawagam. Persamaan nilai antara Rolex dengan Akademi melahirkan perkongsian jangka panjang mereka.
Pada tahun 2024 juga, Sekolah Filem dan Televisyen Kebangsaan terkemuka dunia di United Kingdom telah ditambahkan pada senarai institusi yang disokong oleh Rolex untuk mempromosikan pendidikan seni. Pembuat filem Cina yang terkenal, Jia Zhang-Ke, dan pelakon pemenang Oscar®, Leonardo DiCaprio, turut menjadi Testimoni Rolex.
Pada tahun 2025, Zendaya menjadi bakat global terkini dalam arena pawagam yang menyertai keluarga Rolex.