
Oysterlock
Keyakinan Sempurna
Ini ialah pengancing Oysterlock kami. Dikhususkan untuk jam tangan Profesional kami, ia diperkuat dengan cangkuk keselamatan yang mengelakkan pembukaan secara tidak sengaja.
Kebolehpercayaan pengancing ini adalah penting kerana ia memastikan ketenangan fikiran walaupun dalam persekitaran yang paling ekstrem. Pengancing Oysterlock ialah kunci dua hala yang boleh mengikat dan melepaskan. Dengan mengurangkan risiko jam tangan terbuka, ia memberikan keyakinan kepada pemakai untuk terus bergerak.
