Permukaan eksklusif

Keindahan luar biasa

Tiga model dalam reka bentuk berani. Kombinasi warna dan bahan yang halus. Emosi baharu.

Permukaan baharu
Three icons background

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona, GMT‑Master II dan Sky-Dweller diperkenalkan dengan permukaan baharu yang menonjolkan aura jam tangan yang terkenal dengan kecanggihan teknikal.

Three icons
Cosmograph Daytona
Cosmograph Daytona firus

Cosmograph Daytona

Kontras yang jelas

Cosmograph Daytona dipersembahkan dengan permukaan lakuer biru firus dengan pembilang hitam terang. Keamatan warna, penutup emas kuning 18 karat yang indah dan kecanggihan teknikal rantai Oysterflex dan bezel Cerachrom hitam dengan skala takimetri bergabung untuk menghasilkan kontras keaslian yang menakjubkan.

GMT-Master II

Kuasa keharmonian

GMT-Master II dalam emas Everose 18 karat dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik perang dan hitam kini tersedia dengan permukaan besi harimau. Batu permata semula jadi digunakan kali pertama oleh Rolex ini menonjol kerana kekayaan tekstur. Terdiri daripada tiga mineral iaitu mata harimau, jasper merah dan hematit, batu permata ini menghasilkan pantulan emas dan jingga yang unik. Kerja pemilihan dan pemasangan yang teliti membolehkan penampilan unik batu permata itu dipadankan secara harmoni dengan warna penutup dan rantai Oyster.

GMT-Master II iron eye dial
Cosmograph Daytona firus

Sky-Dweller

Pantulan yang terang

Untuk kali pertama, Sky-Dweller menggabungkan dua warna lambang jenama, memadankan permukaan hijau terang dengan kemasan sinaran matahari dengan penutup dan rantai emas kuning 18 karat. Sinaran permukaan, digabungkan dengan aneka pantulan yang dihasilkan oleh bezel berjejalur dan rantai Jubilee, memberi model ini kemegahan yang luar biasa.

Model baharu

Rolex memperkenalkan model baharu, lahir daripada imaginasi pergerakan berterusan yang mengilhami setiap bahagian pembuatan.