Lady-Datejust menawarkan begitu banyak pilihan untuk pemakai mudah mendapatkan jam tangan yang mencerminkan keperibadian mereka. Ia boleh didapati dalam Oystersteel, emas kuning atau Everose 18 karat atau dalam versi Rolesor yang menggabungkan Oystersteel dan emas 18 karat.
Bezel berjejalur, berkubah atau bertatahkan berlian? Dail-dail ekslusif dan berkilauan yang berturapkan berlian-berlian atau indung mutiara dengan warna yang menarik? Penanda jam yang ringkas atau bertatahkan batu permata atau angka Roman? Kepelbagaian rupa Lady-Datejust menjadikan model ini salah satu model yang paling bervariasi dalam koleksi Oyster Perpetual.
Emas Everose. Aloi emas merah jambu 18 karat eksklusif ini – dicipta dan dihasilkan oleh Rolex – mempunyai warna yang sedikit lebih kuat daripada emas merah jambu standard dan mempamerkan nada kebiruan yang halus. Warnanya yang sofistikated dan kontempori begitu sesuai dengan versi Rolesor, gabungan Oystersteel dan emas 18 karat.
Penutup Oyster 28 mm Lady-Datejust adalah perpaduan sempurna antara keseimbangan, ketahanan dan keanggunan. Penutup tengah yang berbentuk khas dibuat daripada blok padat Oystersteel yang tahan kakisan atau emas 18 karat. Ia dijamin kalis air sehingga ke kedalaman 100 meter (330 kaki).
Rantai Jubilee, rantai logam yang mempunyai sambungan lima keping yang lembut dan selesa, direka khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945. Pada Lady-Datejust, ia sentiasa dilengkapkan dengan Crownclasp, kancing tertutup elegan milik Rolex.
Lady-Datejust juga boleh didapati dengan rantai President yang berprestij. Rantai eksklusif ini terdiri daripada tiga keping sambungan separa bulat dan sentiasa dihasilkan daripada emas 18 karat atau platinum 950. Crownclasp berlipat yang tersembunyi yang elegan memastikan kesinambungan visual yang lancar di pergelangan tangan.
Lady-Datejust dilengkapi dengan kaliber 2236, sebuah mekanisme mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni binanya menjadikannya sangat tepat dan boleh dipercayai. Kaliber 2236 dilengkapi dengan pegas rambut Syloxi dalam silikon, dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex.
Pengasas Rolex, Hans Wilsdorf adalah seorang lelaki yang berpandangan jauh. Pada permulaan abad ke-20, jam tangan dianggap sebagai rapuh dan sering dilihat sebagai perhiasan bagi wanita. Hans Wilsdorf bertekad untuk menawarkan pilihan jam tangan yang moden, dipercayai dan tepat serta cukup mantap untuk menemani mereka semasa menjalani gaya hidup yang semakin aktif kepada wanita sepertimana lelaki.
Pada tahun 1926, Hans Wilsdorf mencipta Rolex Oyster, jam tangan kalis air pertama di dunia. Pada tahun berikutnya, bagi membuktikan kebolehpercayaan jam tangan tersebut dan menunjukkan kualitinya, beliau melengkapkan perenang muda ketahanan Inggeris, Mercedes Gleitze dengan Oyster untuk berenang merentasi Selat Inggeris. Selepas lebih daripada 10 jam di dalam air, jam tangan tersebut masih berfungsi dengan sempurna.
Pada tahun 1930-an, Oyster menjadi jam tangan yang mendapat permintaan tinggi untuk lelaki dan wanita. Pengiklanan awal mempromosikan jam tangan itu di samping pelbagai jam tangan yang lain, dari pemakaian harian sehingga ke model bertatahkan batu permata.
Kehidupan berubah dengan pesat dalam beberapa dekad seterusnya di mana lelaki dan wanita mempunyai gaya hidup yang lebih aktif. Pada tahun 1950-an, Rolex melancarkan kronometer – jam tangan dengan ketepatan yang diperakui – direka khas untuk wanita. Satu lagi mercu tanda dalam pembuat jam tangan.
Hanya Peruncit Rasmi Rolex dibenarkan untuk menjual dan menyenggara Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal, mereka membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.