Terus belayar

Oyster Perpetual Yacht-Master 40 dalam Oystersteel dan platinum dengan rantai Oyster.

Bezel boleh putar dwiarah

Pemasaan jarak

Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir.

Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.

Permukaan Batu Loh

Keterbacaan luar biasa

Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, Yacht-Master 40menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight.

Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

Rolesium

Gabungan legenda

Kebanyakan jam tangan Rolex boleh didapati dalam kombinasi yang kini terkenal dengan gabungan emas kuning, putih atau Everose dan keluli yang dikenali sebagai Rolesor, namun Rolesium adalah ciptaan khusus untuk Yacht-Master.

Sementara penutup dan rantai adalah dalam Oystersteel yang tahan lasak, bezel versi Rolesium adalah diperbuat daripada platinum yang menyerlahkan keputihan perak dan kilauan yang terang untuk kemewahan yang tidak dapat dipertikaikan.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.

Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Lagi butiran teknikal Yacht-Master

Rujukan 126622

Yacht-Master 40

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.