Sky-Dweller

Mekanisme intuitif

Sky-Dweller

Dengan dua zon waktu yang ditunjukkan serentak, bersama-sama dengan kalendar tahunan Saros dan sistem Ring Command, Sky-Dweller ialah peneman terbaik dan canggih bagi mereka yang sering mengembara ke seluruh dunia.

Cakera 24 jam

Cakera 24 jam
Zon waktu kedua sekilas pandang

Kalendar tahunan Saros
Mekanisme inovatif untuk paparan intuitif

Ringkas namun kompleks

Bezel berjejalur dan sistem Ring Command
Reka bentuk tersendiri dan mudah digunakan

Ketahui lebih lanjut tentang bezel Rolex
Sky-Dweller
Sky-Dweller

Kaliber 9002
Kepakaran yang tinggi

Ketahui lebih lanjut tentang gerakan Rolex
Kaliber 9002

Aloi dan permukaan
Kepelbagaian rupa yang mewah

Emas Rolex
Emas Rolex berkait rapat dengan Sky-Dweller. Sama ada emas 18 karat kuning, putih atau Everose, semua emas Rolex dicipta sepenuhnya dan dituang di dalam faundri jenama itu sendiri. Terdiri daripada 750 ‰ emas tulen dan campuran perak, kuprum atau paladium, aloi berharga ini dibezakan dengan sinaran dan kualiti superlatif.
Sky-Dweller
Kualiti Oystersteel yang eksklusif untuk Rolex juga memberikan manfaat kepada Sky-Dweller dalam versi Rolesor putih dan Rolesor kuning. Keunikan sejati jenama sejak awal 1930-an, Rolesor ialah gabungan logam – emas dan keluli – yang menyaksikan pertembungan antara kecanggihan dengan kekuatan.
Permukaan
Sky-Dweller memberikan kebebasan kepada ekspresi individu dengan menawarkan pilihan warna permukaan yang berbeza. Hitam terang, biru terang, hijau terang atau putih terang, warna champagne, coklat atau batu metamorfik, permukaan juga menampilkan rona hijau pudina dan biru-hijau. Variasi warna ini digabungkan dengan bahan berharga dan rantai yang berbeza untuk melahirkan versi model yang harmoni. Dihasilkan secara dalaman secara sepenuhnya, permukaan menggalas tanggungjawab utama untuk memartabatkan identiti dan kebolehbacaan jam tangan Rolex. Seni pembuatan permukaan menggandingkan kepakaran manual tradisional dengan teknologi terkini. Menerusi proses penyampangan, pelbagai warna legap boleh dihasilkan. Penyaduran elektrik menghasilkan warna metalik dengan segala kemungkinan warna. Teknik PVD (Pemendapan Wap Fizikal) pula membolehkan permukaan disalut dengan lapisan logam atau oksida yang amat nipis.
Ketepatan Simetri

Paparan Chromalight
Kuasa cahaya biru

Ringkas lagi selesa

Rantai Rolex
Keselesaan menyeluruh

Rantai Oyster
Dibangunkan pada hujung 1930-an, rantai logam kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster Perpetual. Dengan baris tiga pautan, rantai ini menggabungkan keselesaan dan keteguhan.
Rantai Jubilee
Rantai logam Jubilee yang terdiri daripada baris lima pautan – tiga pautan lebih sempit di tengah dan dua pautan lebih luas di tepi – adalah tersendiri kerana serakan pantulan, bentuk harmoni dan kelenturan pada pergelangan tangan. Mulai 2024, versi baharu Sky-Dweller boleh didapati dengan rantai Jubilee dalam logam berharga – emas kuning atau Everose 18 karat.
Rantai Oysterflex
Sky-Dweller juga boleh didapati dalam rantai Oysterflex. Dibangunkan oleh Rolex, rantai Oysterflex yang dipatenkan menggabungkan keteguhan rantai logam dengan keselesaan elastomer secara unik. Rantai ini terdiri daripada dua bilah logam melengkung yang fleksibel – satu di dalam setiap bahagian rantai – diacu dengan elastomer hitam berprestasi tinggi. Untuk memberikan keselesaan optimum, rantai Oysterflex dilengkapi dengan pelapik di bahagian dalam dan Oysterclasp untuk mengelak daripada terbuka. Malah, panjang rantai boleh dilaraskan melalui sistem sambungan Glidelock Rolex.