Jam tangan profesional

GMT-Master IIModel Baharu 2022Oyster, 40 mm, Oystersteel

Konfigurasi

Oyster Perpetual GMT-Master II dalam Oystersteel dengan rantai Oyster.

Model ini mempunyai dail hitam dan dua warna sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hijau dan hitam. Direka bentuk untuk menunjukkan masa dalam dua zon waktu yang berbeza secara serentak semasa penerbangan antara benua, GMT-Master II telah diiktiraf kerana penampilannya yang kukuh dan serba boleh.

Bezel Boleh Putar 24 Jam

Inovatif berteknologi tinggi

Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh di mana ianya berputar mengelilingi dail sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam.

Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan pada “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui belitan putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka. Sisipan bezel Cerachrom menampilkan kombinasi warna asal: hitam dan hijau eksklusif yang dikhaskan untuk model ini.

Ciri-ciri model

  • Dail hitam Kejelasan yang tinggi dalam semua keadaan
  • Oystersteel Sangat tahan kakisan
  • Rantai Oyster Alkimia sempurna bentuk dan fungsi
  • Dua Zon Waktu Paparan serentak
  • Kanta Siklops Kanta pembesar
  • Mekanisme 3285 Prestasi yang hebat

Galeri

Lebih tentang
Butiran Teknikal GMT-Master II

    • Rujukan 126720VTNR
    • Penutup Model

      Penutup Model
      Oyster, 40 mm, Oystersteel
      Seni Bina Oyster
      Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam
      Diameter
      40 mm
      Bahan
      Oystersteel
      Bezel
      Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Sisipan Cerachrom dwiwarna hijau dan hitam dalam seramik, angka dan senggatan dibentu
      Belitan Putaran Jam
      Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple
      Kristal
      Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh
      Kalis Air
      Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
    • Mekanisme

      Mekanisme
      Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
      Kaliber
      3285, Buatan Rolex
      Ketepatan
      -2/+2 saat/hari, selepas dibuka
      Fungsi
      Jarum jam, minit dan saat. Paparan 24 jam. Zon masa kedua yang bebas dengan penentapan yang cepat pada jarum jam. Tarikh serta merta. Pemberhentian saat untuk tetapan masa yang tepat
      Pengayun
      Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
      Belitan
      Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
      Rizab kuasa
      Lebih kurang 70 jam
    • Rantai

      Rantai
      Oyster, penghubung keping tiga rata
      Bahan Rantai
      Oystersteel
      Kancing
      Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
    • Dail

      Dail
      Hitam
      Butiran
      Paparan Chromalight yang tinggi dan sangat mudah dibaca dengan luminesens biru tahan lama
    • Pensijilan

      Pensijilan
      Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Bagaimana untuk tetapkan 
GMT-Master II anda

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual GMT-Master II adalah jam tangan yang sesuai untuk merentasi dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai ciri-cirinya dan cara untuk menetapkan masa dan dua zon waktu dengan menonton video.

Teruskan Meneroka

Anda juga mungkin menyukai

Kongsi halaman ini