Pencapaian idaman

Oyster Perpetual Day-Date 36 dalam emas putih 18 karat dengan permukaan ombré biru, set berlian, bezel berjejalur dan rantai Set berlian President.

Permukaan ombre biru

Karya seni yang teliti

Setiap permukaan merupakan karya seni yang teliti. Warna, pantulan dan tekstur permukaan, di samping unsur hiasan dan reka bentuk keseluruhan memberikan keunikan pada jam tangan.

Rolex menguasai semua aspek penciptaan dan pengeluaran permukaan secara dalaman. Daripada lakaran awal kepada pemeriksaan akhir, termasuk mewarna atau menampal hias, proses ini melibatkan satu siri langkah dan pengendalian yang memerlukan kepakaran khusus. Sesetengah daripada profesion ini – sebagai contoh, pengenamelan – bermula sejak zaman awal pembuatan jam. Ada profesion yang sudah wujud dalam penggunaan teknologi canggih, seperti percikan magnetron, satu teknik yang rumit untuk mewarnakan bahagian atas permukaan dengan menyadur lapisan bahan yang nipis dalam persekitaran vakum. Pertembungan antara kemahiran tradisional dengan teknologi dalam pembuatan permukaan Rolex sememangnya menghayati falsafah yang menjadi panduan jenama ini: menyasarkan tahap kualiti tertinggi untuk mencapai hasil yang sempurna dan tahan lama.

Bezel berjejalur

Tanda pengenalan Rolex

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.

Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.

Emas putih 18 karat

Komitmen untuk mencapai kecemerlangan

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih.

Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

Rantai President

Kehalusan yang muktamad

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.

Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.

Lagi butiran teknikal Day-Date

Rujukan 128239

Day-Date 36

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.