Membeli seutas Rolex

Jam tangan baharu dan asli Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex. Mereka menjamin keaslian Rolex anda dan memastikan anda menikmati jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Alami Kemegahan Rolex

Di Rolex, kami berbangga dengan hasil kerja kami dan kami percaya bahawa tiada perkara yang dapat menandingi pengalaman sendiri tentang butiran terperinci, berat yang seimbang, keselesaan serta menghayati Rolex.

Alami Kemegahan Rolex
Alami Kemegahan Rolex - tempat

Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, Peruncit Rasmi Rolex adalah yang paling tepat untuk menerangkan perincian pelbagai model yang ada, memberi anda penjelasan tentang semua aspek teknikal jam tangan kami dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Peruncit Rasmi Rolex
Dinding hijau kedai
Satu simbol pemberian

Satu simbol pemberian

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, adalah penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Kualiti ialah unsur yang sama sepanjang sejarah Rolex. Kualiti pada gerakan, kualiti pada penutup dan rantai, tetapi juga kualiti bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan jam tangan. Falsafah Rolex diterjemahkan kepada piawaian kualiti yang tidak ada taranya. Obsesi terhadap kualiti ini didorong oleh falsafah yang tidak berbelah bahagi: kepuasan pelanggan. Di Rolex, pelanggan amat dititikberatkan dalam segala pertimbangan dan setiap proses.
Peruncit Rasmi Rolex mempunyai kepakaran dan alatan untuk melaraskan rantai atau tali jam tangan anda kepada saiz yang sesuai bagi meningkatkan keselesaan anda. Bagi rantai logam, mereka boleh menambah atau membuang mana-mana sambungan yang diperlukan dan akan menyimpan sebarang sambungan berlebihan ke dalam kotak peragaan anda. Sebelum anda beredar bersama jam tangan Rolex anda, Peruncit Rasmi Rolex anda akan membuat persediaan pada jam tangan untuk dipakai oleh anda. Mereka akan memutarkan jam tangan sepenuhnya, menetapkan masa, tarikh dan hari, menyemak fungsi dan mengesahkan keketatan putaran jam. Di dalam kotak peragaan, mereka akan meletakkan manual pengguna jam tangan anda berserta arahan tentang cara penggunaan serta penjagaan jam tangan anda. Peruncit Rasmi anda akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui kesahihan jam tangan anda.
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Keyakinan kami terhadap jaminan kualiti kami yang ketat membolehkan kami memberikan jaminan antarabangsa selama lima tahun untuk semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami.

Cari peruncit

Koleksi Rolex menampilkan jam tangan Klasik dan Profesional yang boleh didapati dalam pelbagai bahan, permukaan, rantai dan saiz untuk memenuhi semua pergelangan tangan dan gaya.

    Cari sayaLihat semua
Logo jenama Rolex