Denica Riadini-Flesch

Menjana semula tanah, kehidupan dan tradisi di Indonesia

Usahawan sosial, Denica Riadini-Flesch telah berjaya mencipta salah satu rantaian bekalan ladang-ke-almari janaan semula pertama di dunia - SukkhaCitta yang membawa bermaksud kebahagiaan. Bertekad untuk memperkasakan para tukang luar bandar di Indonesia, beliau telah mewujudkan ratusan pekerjaan dengan gaji yang berpatutan bagi mereka yang menghasilkan pakaian mewah menggunakan teknik tradisional dan mampan.


Kerja SukkhaCitta bermula dengan kapas, yang dipastikan oleh Riadini-Flesch bahawa ia diperoleh secara mampan. Petani yang bekerja dengan jenama itu diajar teknik orang asli untuk menanam kapas sambil menjana semula tanah. Di ladang mereka, tanaman pelengkap ditanam bersama kapas, masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam menghidupkan semula tanah yang telah diusahakan secara berlebihan. Setelah kapas dituai, dipintal dan ditenun oleh wanita, ia diwarnakan menggunakan pewarna semula jadi berasaskan tumbuhan. “Kami telah menghalang lebih 3 juta liter pewarna toksik daripada dibuang ke sungai kami dengan menggunakan pewarna semulajadi sepenuhnya,” jelas Riadini-Flesch.

Denica Riadini-Flesch
Denica Riadini-Flesch