Keselesaan

Inti pati kesemua deria

Kami tahu bahawa analisis sensori amatlah perlu untuk memastikan beberapa kualiti penting jam tangan kami.

Walaupun kami tidak pernah berhenti memikirkan kaedah yang lebih terperinci untuk meneliti prestasi mekanikal dan kronometri jam tangan, kami tahu bahawa kadangkala, tiada pemeriksaan dan kawalan automatik yang setanding dengan pancaindera manusia. Misalnya, tangan yang ditampilkan di sini ialah tangan yang ditugaskan untuk menilai rasa tekstur penutup jam tangan.

Rantai

Kami tahu bahawa analisis sensori amatlah perlu untuk memastikan beberapa kualiti penting jam tangan kami. Oleh sebab deria-deria yang tajam inilah jam tangan kami jauh lebih tahan lasak dan selesa. Sehinggakan anda hampir tidak merasakan seutas jam tangan di pergelangan tangan anda.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta