Kami bukan sahaja memiliki setiap aspek reka bentuk dan pemesinan, kami juga mengawal persekitaran kerja kami dengan teliti pada setiap langkah pembuatan. Lebih tepat lagi, kami memeriksa tahap kebersihan dan kelembapan udara dengan teliti di setiap bengkel kami. Tetapi tahap kedap udara juga merupakan teras kaedah penyimpanan dan pemasangan kami di samping tangan manusia yang menyumbang masa dan usaha demi mengekalkan mutu kerja kami selama seratus tahun. Semua ini dan banyak lagi perkara menjelaskan sebab kami tidak pernah risau apabila kami menguji semua jam tangan kami di dalam tangki hiperbarik pada akhir proses pengeluaran yang panjang. Kerana ketahanan Rolex anda yang tiada tolok bandingnya, terhadap air dan aspek yang lain, ialah hasil daripada ketekunan dalam segala kerja yang kami lakukan sepanjang masa.